Powered by Blogger.

Saturday, 2 June 2012

Senarai Ubat Mengandungi Unsur Babi di Pasaran



Assalamualaikum w.b.t,

Senarai ubat-ubatan ini merupakan sebahagian daripada produk farmaseutikal yang dikenalpasti mengandungi bahan-bahan daripada sumber babi dan meragukan.

Tujuan senarai ubat-ubatan daripada sumber babi ini dibuat bukanlah untuk menjatuhkan atau memburukkan mana-mana jenama, produk ataupun syarikat farmaseutikal yang terlibat.

Sebaliknya ia bertujuan untuk memberi pendedahan dan panduan kepada orang ramai selain memberi sedikit tekanan kepada industri farmaseutikal agar menghormati sensitiviti umat Islam dengan menghasilkan ubat daripada sumber alternatif lain yang halal.

Jenama  Ubat : BENADRYL For The  Family Original Cough Syrup
Kegunaan : Ubat Batuk '
Pengeluar : McNeil, Australia

Jenama  Ubat : Armour Thyroid '
Kegunaan : Merawat hypothyroid, terapi gantian hormon thyroid '
Pengeluar : Forest Pharmaceutical

Jenama  Ubat : Kapsul IMODIUM  '
Kegunaan : Ubat Cirit Birit, Diarrhea '
Pengeluar : Janssen Cilag (Johnson&Johnson)

Jenama Ubat : Suntikan BOTOX
Kegunaan : Rawatan distonia,  blepharospasm dan mengurangkan kedutan
di muka '
Pengeluar : Allergen Pharmaceutical

Jenama Ubat : CLEXANE , Lovenox
Kegunaan : Cegah pembekuan darah dalam rawatan penyakit jantung '
Pengeluar : Sanofi Aventis

Jenama Ubat : Kapsul CREON
Kegunaan : Kanser pankreas, terapi gantian hormon pankreatik
Pengeluar : Solvay Pharmaceutical

Jenama Ubat : Fraxiparine
Kegunaan : Mencegah pembekuan darah, rawatan penyakit jantung
Pengeluar: Sanofi Winthrop dan GlaxoWellcome

Jenama Ubat : Vaksin MENOMUNE '
Kegunaan : Vaksin Meningitis
Pengeluar : Sanofi Pasteur

Jenama :OPTI-FREE Supraclens One Drop Protein Remover '
Kegunaan : Pencuci Contact Lens '
Pengeluar : Alcon Lab

Jenama Ubat : ENZYPLEX '
Kegunaan : Merawat masalah pencernaan, kembung perut, sendawa '
Pengeluar : WestMont Pharmaceutica





Ada macam-macam istilah Bahasa Inggeris yang digunakan untuk menyatakan sumber daripada babi.

Istilah PORCINE yang selalu digunakan dalam bidang perubatan untuk menunjukkan bahan dari sumber babi digunakan. Mungkin ramai umat Islam khususnya orang Melayu yang tidak tahu bahawa label yang bertulis "This product contain substance from porcine" bermaksud "Produk ini mengandungi bahan dari babi". Berhati hatilah semasa kita mengambil apa-apa ubat pun, bertanyalah kepada doktor dan ahli farmasi kandungan ubat yang disuntik atau diberikan dan bacalah label kandungan ubat yang kita ambil.

Apa sahaja yang diharamkan oleh Allah s.w.t adalah untuk melindungi umat manusia daripada segala bentuk keburukan dan kekejian yang ada di dalam bahan tersebut. Oleh itu, adalah tidak munasabah jika kita mencari penawar bagi penyakit melalui bahan-bahan yang diharamkan.

Meskipun bahan-bahan haram tersebut dapat menghilangkan penyakit fizikal, namun bahan-bahan haram tersebut pastinya akan menghasilkan kesan buruk yang lebih besar pada jiwa dan rohani orang yang mengambilnya kesan daripada keburukan yang tersembunyi di dalamnya.

Kesannya, orang yang merawat dirinya dengan menggunakan bahan-bahan yang diharamkan oleh syarak sebenarnya telah cuba untuk menghilangkan penyakit fizikal pada tubuh badannya dengan mendatangkan penyakit lain pada jiwa dan hatinya.

Seharusnya kita perhalusi jika selama ini doa kita tidak dimakbulkan oleh Allah. Perincikanlah di mana salah kita, pekerjaan, makanan,k ubat-ubatan dan adakah semua bahan-bahan yang masuk ke dalam tubuh kita itu halal?

Bagamana mungkin tubuh terisi dengan bahan-bahan yang haram dapat memberi keberkatan kepada hidup kita.

Dapatkan lebih banyak info mengenai ubat-ubatan halal di : Halakah Ubat Anda

"Sesungguhnya Allah s.w.t Lebih Mengetahui"

p/s : Kongsikan info ini dengan rakan-rakan dan umat Islam yang
lain...


0 ulasan:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...