Powered by Blogger.

Friday, 1 June 2012

Peringkat Umur Anak Yang Patut Di Ambil Berat

Peringkat umur yang patut di ketahui dan di ambil berat oleh setiap ibu bapa. Terdapat seven triple dalam hidup anak-anak kita yang patut ibu bapa ambil beratkan.

1- Umur 1 tahun - 7 tahun.
2- Umur 2 tahun - 14 tahun.
3- Umur 15 tahun - 21 tahun.

Umur 1 tahun - 7 tahun.
Di peringkat umur ini, ibubapa sedang bermain dengan baby mereka. Setiap ibu bapa kena ruangkan masa secukupnya dan didik anak-anak ke arah islamik supaya ianya mudah mengenali islam ketika umurnya membesar.

Umur 8 tahun - 15 tahun.
Ibu bapa kena bersikap tegas, keras dan marah kepada anak-anak yang berumur di peringkat ini. Mengapa ibu bapa kena bersikap kasar? Tujuannya tidak lain tidak bukan adalah Nabi sollallahualaihi wasalam ada menyebut di dalam hadisnya yang mafhumnya ibu bapa kena menyuruh anak-anak mendirikan solat, pukul atau rotan jika anak tidak mengendahkan suruhan solat. Selain itu Nabi menyuruh kita memisahkan tempat tidur di kalangan anak-anak lelaki dan perempuan.

Umur 16 tahun - 21 tahun.
Peringkat ini ibu bapa tidak lagi boleh bersikap keras tegas dengan anak-anak. Jangan marah, jangan tengking dia nanti dia akan mula menjauhi kita. Ibu bapa kena bersikap seperti kawan, friendship dengan anak-anak. Selalu berdamping dengan anak-anak. mendengar luahan permasalahan dia dan sebagainya.. dan seterusnya umur 21 tahun.

Bila anak-anak sudah menjangkau usia 21 tahun, menjadi satu kewajipan kepada ibubapa bertanya kepada anak-anak soal perkahwinan. Tanyalah mereka soal calon samada dia sudah bercalon ataupun tidak. Tanyalah dia sudah mahu berkahwin ataupun tidak. Tidak ramai ibu bapa yag bertanya soal ini kepada anak-anak mereka. Dan ini sudah menjadi suatu yang asing di kalangan ibu bapa hari. ibu bapa hari ini sudah tidak sama dengan ibu bapa sebelum ini. Ibu bapa hari ini lebih menyuruh anak-anak mereka belajar sampai habis dahulu baru menikah. Ayat yang selalu keluar dari mulut " kamu dah gatal ke nak bernikah ni.??"

Sepatutnya bila anak sudah berusia umur 21 tahun tanyalah mereka permudahkanlah jodoh mereka. Jika sudah ada calon nikahkanlah dia secepat mungkin. banyak kelebihan bernikah di usia muda. pahala pun dapat banyak, sangat berbeza dengan orang yang bujang.

Wallahualam!!.

~semoga bermanfaat. !!

0 ulasan:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...