Perasaan cinta dan kasih adalah lumrah dalam hidup setiap insan. Semua orang ingin dicintai dan mencintai kerana rasa cinta dan kasih itu adalah fitrah. Namun ramai manusia yang dirundung kedukaan dan kesedihan kerana cinta, hingga menyebabkan mereka kecewa dan sengsara dalam hidup.
Akibat cinta juga ramai yang mengambil jalan pintas untuk menyelesaikan masalah mereka, ada yang samapai lupa Pencipta, ada yang lupa diri hatta nyawa sekalipun mereka sudah tidak fikirkan asalkan cinta itu dapat di bahagiakan kembali.
Hari ini saya ingin memperkenalkan kepada anda 1 ebook yang bertajuk "Penawar Cinta Buat Yang Berduka".
Ebook ini mengupas perspektif cinta dari sudut yang universal dan tidak hanya terhad kepada hubungan cinta antara lelaki dan perempuan. Perspektif cinta yang dikupas secara menyeluruh akan memberikan pembaca kefahaman yang jelas tentang maksud cinta. Cintakan ibubapa, cintakan keluarga, cintakan saudara, cintakan makhluk Allah dan yang paling penting, mencintai Allah dan RasulNya.
Seorang ibu kehilangan cintanya, yakni anaknya, seorang kekasih ditinggalkan teman lelakinya, seorang anak hilang tempat bermanja, yakni ibubapanya dan banyak lagi contoh “erti cinta” yang cuba disampaikan dalam penulis dalam buku ini.
Memang benar, kesedihan yang dialami akibat cinta yang hilang itu memang amat pedih, namun kesedihan itu akan hilang apabila segala-galanya disandarkan kepada Pencipta. Itulah yang dihuraikan dalam ebook ini.
Dalam ebook ini, kisah-kisah para Nabi dan Rasul serta para sahabat dalam menangani kesedihan dititipkan dan dijadikan panduan. Begitu juga kisah ulama’ agung dalam menghadapi saat kesedihan dalam hidup mereka dihimpunkan dalam buku ini.
Apa keistimewaan ebook ini berbanding ebook niche cinta yang lain?
Ebook setebal 155 muka surat ini memang istimewa kerana biasanya ebook yang dibeli di pasaran internet kurang daripada 100 muka surat sahaja. Selain itu, pembeli juga bakal mendapat TIGA ebook BONUS dan TIGA VIDEO MOTIVASI yang dihasilkan berdasarkan kandungan ebook.
Inilah satu-satunya ebook bertemakan cinta yang digabungkan dengan video yang ada di pasaran internet. Kekuatan utama adalah ebook ini berteraskan Islam dan tidak menggalakkan pasangan yang bercinta untuk terus hanyut dalam cinta palsu mereka. Ebook ini mengajak para pembaca kembali menghayati makna cinta yang agung yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. itu sendiri.
Selain itu, terdapat gambar kartun dan grafik yang menarik dalam ebook ini. Jadi, para pembaca tidak mudah bosan ketika membaca. Jika anda kurang percaya, anda boleh DOWNLOAD modul 1 ebook ini sekarang di sini: http://produk.mencintaidia.com
Pembeli ebook ini juga akan mendapat support khas daripada team MencintaiDia.com. Pembeli akan dijemput untuk menyertai Facebook Group khas untuk mendapat updates dan membincangkan permasaalahan yang dialami. InsyaAllah team kami akan cuba membantu sedaya upaya kami.
Keistimewaan / kelainan Ebook ini berbanding ebook seumpamanya yg telah ada pasaran online.
Ebook ini menyingkap rahsia untuk bangkit daripada kesedihan dan kegagalan dalam hidup. Ramai dalam kalangan kita yang mengambil jalan yang ditegah agama apabila mereka bersedih. Contohnya seseorang yang telah terlanjur, mereka mengambil jalan membunuh diri dan menggugurkan kandungan mereka. Sedangkan Allah s.w.t Maha Pengampun dan banyak lagi jalan lain yang boleh diusahakan.
Selain itu, buku ini banyak menceritakan kisah-kisah Rasul terdahulu dan sikap para sahabat dalam menghadapi kesedihan dan kesukaran. Ibrah daripada kisah-kisah inilah yang akan menjadi pemangkin semangat kepada insan-insan yang pernah mengalami kedukaan dalam mencari “cinta” mereka.
Kekuatan buku ini juga adalah dari sudut bahasanya. Mugkin anda pernah membaca La Tahzan, buku international bestseller karangan Dr. Aidh Al-Qarni. Begitulah juga pendekatan yang saya gunakan dalam ebook ini Cuma sedikit berbeza.
Setiap bab akan dimasukkan sajak dan kata-kata hikmah dan kesimpulan isi serta langkah yang perlu diambil oleh pembaca setelah selesai membaca setiap bab. Jadi, buku ini tidak hanya memberi pembaca kepuasan ketika membaca tetapi ia juga memberi pembaca plan tindakan untuk berubah.
Di samping itu, realiti yang berlaku dalam masyarakat juga turut diselitkan dalam buku ini. Masalah keruntuhan akhlak remaja yang terjerat dengan cinta, masalah keluarga, masalah ummat Islam yang melanda di dunia turut diselitkan. Pendek kata seluruh aspek cinta dalam erti kata sebenar diselitkan dalam buku ini.
Jika anda berminat dengan ebook yang saya ceritakan ini sila klik banner di bawah.
0 ulasan:
Post a Comment