Seorang ahli keluarga Bathini Goud, Harinath Goud memasukkan ikan hidup ke dalam mulut pesakit asma di Hyderabad semalam.
HYDERABAD
- Puluhan ribu penghidap asma menyerbu sebuah stadium di sini, selatan
India semalam untuk menelan ikan sardin hidup yang dilumur ubat herba
bagi mengubati masalah pernafasan mereka.
Laman
berita Newser melaporkan, kaedah perubatan ganjil itu yang diasaskan
oleh keluarga Bathini Goud, dikritik oleh kalangan doktor perubatan
moden.
Namun,
kritikan mereka gagal menghalang orang ramai daripada mengunjungi
keluarga berkenaan pada setiap tahun selepas ramai pesakit mendakwa
sembuh selepas mendapat rawatan tersebut.
Keluarga Goud mendakwa mereka menerima resipi ubat asma tersebut daripada seorang pendita Hindu sekitar 170 tahun dahulu.
Mereka memberikan ubat unik tersebut kepada pesakit secara percuma pada setiap tahun tetapi enggan mendedahkan ramuannya.
Menurut seorang ahli keluarga Goud, pendita tersebut memberi amaran bahawa ubat itu tidak berkesan jika dikomersialkan. - Agensi
Informasi tambahan:
Informasi tambahan:
0 ulasan:
Post a Comment