LOS ANGELES - Seorang remaja 18 tahun menimbulkan kecurigaan, selepas ramalan mengenai pengeluaran produk Apple dalam masa terdekat adalah sahih.
Pelajar Sekolah Tinggi Los Angeles, Mark Gurman, meramalkan beberapa
aplikasi baru bakal diperkenalkan oleh syarikat teknologi gergasi itu di
dalam blognya.
Mac lalu, beliau mencatat, Apple mungkin memperkenalkan sistem iOS6
yang terdapat pada peta Google yang boleh diubah sendiri oleh pengguna
kepada versi tiga dimensi (3D) dan sistem iCloud bakal diaplikasikan di
dalam versi Apple Notes dan aplikasi peringatan.
Pada Mei pula, beliau meramalkan firma Culvertino mungkin
memperkenalkan MacBook Pro 15 dengan reka bentuk lebih nipis, lengkap
dengan paparan retina serta lebih pantas.
Ramalannya itu terus menjadi kontroversi, apabila dalam tempoh empat
minggu remaja itu berjaya meramal tujuh daripada lapan pengumuman yang
dibuat Apple ketika Persidangan Pemaju Peranti Dunia di San Francisco
yang berlangsung Isnin lalu.
Lapan hari sebelum persidangan itu, beliau meramalkan Apple akan
memperkenalkan aplikasi sistem suara yang boleh diaktifkan dengan sistem
kawalan yang terdapat pada iPad dan Facebook, manakala dua hari
berikutnya, beliau mendakwa Apple akan mengemas kini Mac Pro selepas dua
tahun tanpa sebarang perubahan.
Seorang wartawan mendakwa, kesemua ramalan remaja itu sejak Mac lalu
adalah tepat, apabila pengumuman yang sama dibuat oleh eksekutif
syarikat itu ketika pembentangan kertas kerja pada persidangan tersebut.
“Terbaru Apple sedang berusaha menyiapkan program MacBook Airs dan
iMacs dengan paparan retina, walaupun program masih dalam pembikinan,
namun ramalan mengenai kemunculan aplikasi itu masih dianggap betul,”
katanya.
0 ulasan:
Post a Comment