Setiap tahun, Shell Malaysia menawarkan beberapa
biasiswa untuk menyokong pelajar dalam mencapai matlamat dan cita-cita
peribadi mereka. Pelajar Malaysia yang merancang untuk melanjutkan pengajian ijazah sepenuh masa (ijazah sarjana muda) di universiti-universiti yang diiktiraf di Malaysia atau Luar Negara adalah layak untuk memohon. Permohonan bagi Biasiswa Shell Malaysia 2013 kini dibuka dan pelajar kurang upaya (OKU) adalah digalakkan untuk memohon.
Jenis tajaan biasiswa?
- Yuran tuisyen
- Elaun sara hidup penuh
- Elaun perjalanan (untuk pelajar luar negara)
Syarat-syarat & kelayakan?
- Sila rujuk laman web pihak penaja.
Bidang-bidang yang ditawarkan tajaan biasiswa?
- Untuk biasiswa dalam negara: Sebarang bidang berkaitan Minyak dan Gas (contohnya Kejuruteraan Teknikal, logistik dan pengurusan rantaian bekalan dan sebagainya).
- Pelajar kurang upaya fizikal (Orang Kurang Upaya) tidak terhad dalam pilihan mereka dan boleh memohon untuk melakukan ijazah dalam mana-mana disiplin.
- Untuk biasiswa luar negara: Sebarang Kejuruteraan Teknikal (sebagai contoh Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Elektrik, Kejuruteraan Petroleum, Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Alam Sekitar dan sebagainya).
- Mana-mana Disiplin Geosains (Geomatik contohnya, Geologi dan lain-lain).
Tarikh tutup permohanan? 30 JANUARI 2013
Informasi selanjutnya?
0 ulasan:
Post a Comment