Jika anda tidak ada teman wanita sekarang, anda boleh cuba tujuh strategi di bawah untuk mencari teman wanita untuk anda berkongsi hidup sebagai suami isteri nanti:
- Ubah perangai anda kepada perangai yang lebih baik. Buang semua perangai tidak baik anda dan fokus berperangai dengan perangai yang lebih baik. Wanita mudah suka pada lelaki yang ada kualiti bersikap baik berbanding lelaki yang berperangai buruk. Apabila anda ubah perangai anda kepada perangai yang lebih baik, anda dapat menarik perhatian wanita terhadap diri anda.
- Tunjukkan pada dunia bahawa anda mempunyai keyakinan yang tinggi untuk berjaya. Wanita sangat suka pada lelaki yang ada keyakinan untuk berjaya. Mereka rasa selamat untuk berdamping dengan lelaki yang ada keyakinan untuk berjaya.
- Sentiasa kemas berpakaian dan jangan sesekali berpakaian dengan pakaian yang tidak kemas. Jika anda berpakaian kemas, wanita akan lebih suka untuk berkomunikasi dengan anda.
- Pastikan badan anda berbau wangi, kuku anda sentiasa pendek dan segala aspek kebersihan diri anda berada dalam keadaan yang memuaskan. Lelaki yang pembersih lebih senang untuk mengambil hati wanita.
- Berkawan dengan semua orang dan sentiasa bersikap ceria. Sikap ceria dan berkawan membolehkan anda belajar perangai bermacam jenis orang. Secara tidak langsung, anda akan tahu bagaimana hendak memikat apabila anda berjumpa dengan si dia nanti. Berkawan juga membolehkan anda mengenal seramai mungkin wanita.
- Tingkatkan kemahiran berkomunikasi anda dengan sentiasa mencar perkara positif untuk di bualkan dengan orang lain.
- Jangan hanya duduk di rumah sahaja. Sebaliknya anda lebihkan aktiviti outdoor. Wanita idaman anda tidak akan datang ke rumah anda. Sebaliknya anda yang perlu mencarinya di luar rumah.
Ketujuh – tujuh strategi di atas adalah strategi asas bagaimana
hendak mencari teman wanita. InsyaAllah apabila anda amalkan ketujuh –
tujuh strategi di atas, wanita idaman anda akan datang dengan sendiri
pada anda.
Sumber : KuatBatin .com/blog
0 ulasan:
Post a Comment