Powered by Blogger.

Friday, 16 November 2012

4 Cara Menguatkan Ikatan Perkahwinan

 


Cara pertama : Sentiasa ucap ‘ I love U’



Setiap masa anda bertemu dengan pasangan anda atau berbual dengan pasangan anda, anda ucapkan ‘I Love U‘ padanya. Ucapan cinta seperti gam di mana jika anda selalu mengucapkannya, anda akan rasa semakin dekat dengan pasangan anda. Jangan lupa untuk ajar pasangan anda untuk turut ucapkan kata cinta pada anda.

Cara kedua : Sentiasa sentuh pasangan anda

Bercinta selepas berkahwin adalah lebih nikmat kerana anda boleh sentuh pasangan anda tanpa rasa bersalah. Oleh itu, anda ambil kesempatan ini untuk menyalurkan rasa cinta dan sayang anda melalui sentuhan.

Sentuh pasangan anda dengan rasa sayang dan jangan sesekali anda pukul pasangan anda. Antara sentuhan yang boleh anda lakukan adalah meraba bahagian belakang pasangan anda ketika anda duduk bersebelahan, peluk cium pasangan anda dan sentiasa berpegangan tangan antara satu sama lain.

Cara ketiga : Sentiasa puji pasangan anda

Sentiasa puji pasangan anda dan beri semangat pada dia selalu. Jangan sesekali tinggalkan pasangan anda keseorangan. Tunjukkan yang anda rasa bangga berpasangan dengan pasangan anda itu. Jangan sesekali anda memarahi pasangan anda di sebabkan anda rasa malu dengan tindakan pasangan anda.

Cara keempat : Lakukan semua perkara bersama – sama

Jangan biarkan pasangan anda melakukan kerja seorang diri. Sebaliknya sentiasa tawarkan diri untuk berkhidmat untuk keluarga anda. Apabila anda perlu lakukan keputusan, anda libatkan pasangan anda. Jangan amalkan sikap memutuskan sesuatu keputusan tanpa mengambil kira pendapat pasangan anda.

Ke mana sahaja anda pergi, anda perlu pergi dengan pasangan anda. Sentiasa ajak pasangan anda untuk makan di luar dan lakukan aktiviti di luar. Pendek kata, anda anggap pasangan anda sebagai benar – benar pasangan iaitu anda tidak boleh jika tidak bersama dengannya. [sumber]



0 ulasan:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...