Powered by Blogger.

Saturday, 29 December 2012

6 Petua Jaga Kesihatan Rambut

6 Petua Jaga Kesihatan Rambut
 
Berikut adalah petua-petua bagaimana hendak jaga kesihatan rambut:

1-Keringkan rambut selepas mandi. Jangan biarkan rambut anda berada dalam keadaan basah selepas anda mandi. Sebaliknya, keringkan rambut anda. Jika anda ingin pakai topi, topi keledar, tudung atau apa sahaja yang bakal menutup kepala anda, pastikan rambut anda sudah kering sepenuhnya.

2-Sentiasa urut kulit kepala anda setiap kali anda mandi.
Ambil masa beberapa minit untuk lakukan urutan kepada kepala anda. Urutan kepada kepala akan membantu aliran darah mengalir lancar di kepala anda selain ia menguatkan cengkaman kulit kepala terhadap akar–akar rambut. Hasilnya anda berjaya jaga kesihatan rambut anda.

3-Jangan sesekali warnakan rambut atau membenarkan bahan kimia di gunakan terhadap rambut anda. Bahan kimia akan merosakkan rambut anda dalam jangka masa panjang.

4-Petua untuk jaga kesihatan rambut yang seterusnya adalah anda bersihkan rambut anda dengan baik setiap kali mandi. Cara untuk bersihkan rambut dengan baik adalah anda bersihkan keseluruhan rambut anda iaitu daripada akar rambut sehingga ke hujung rambut.

5-Jika anda alami masalah kelemumur dan ia menyebabkan rambut anda rasa gatal, anda jangan garu rambut anda dengan bersungguh–sungguh sehingga rambut anda semakin banyak yang gugur. Untuk atasi masalah kelemumur, anda perlu pantas gunakan produk yang boleh membunuh dan membuangnya. Bagi yang berambut panjang, anda boleh potong rambut sedikit pendek untuk memudahkan urusan pembunuhan dan penyingkiran kelemumur.

6-Jaga pemakanan iaitu tidak makan makanan yang mempunyai banyak bahan kimia seperti mi segera terlalu banyak. Bahan kimia yang banyak di dalam badan boleh mengugat kesihatan rambut anda.

Petua–petua yang saya senaraikan di atas boleh digunakan untuk jaga kesihatan rambut anda atau anda boleh download Ebook PERCUMA Teknik Mudah Lebatkan Rambut Dalam 30 Hari! di www.lebatkanrambut.com.

Selamat mencuba.

Tuesday, 25 December 2012

Tip Ketika Gagal Memperoleh Biasiswa


Gagal Dalam Permohonan Biasiswa ? 
Jangan Berputus Asa.


Kegagalan dalam permohonan biasiswa adalah satu perkara yang sedikit luar biasa. Lebih -lebih lagi sekiranya kita mempunyai kelayakan yang menepati kriteria yang diminta oleh pihak penaja. Sekiranya kita gagal dalam permohonan yang lepas, apakah yang perlu kita lakukan ? Apa tindakan kita seterusnya ? Sekiranya anda berdepan situasi ini, mungkin tips di bawah boleh membantu anda. Selamat membaca (^_^)

Tip 1 : Bertenang dan Atur Strategi baru

Ketika anda mendapat tahu bahawa anda gagal dalam permohonan biasiswa, jangan berasa cemas atau buntu. Bawa bertenang dan fikirkan strategi bagaimana untuk mendapatkan biasiswa lain. Biasiswa di Malaysia ini bukan satu, tetapi terdapat hampir 57 biasiswa-biasiswa lain dan pinjaman yang boleh anda pohon. Jadi usah rasa cemas.  Sekiranya anda tetap ingin mendapatkan biasiswa tersebut, anda perlu atur strategi baru yang berkaitan dengan biasiswa tersebut.

Tip 2 : Dapatkan Maklumat Dari Rakan-Rakan Anda

Sekiranya anda memperoleh keputusan yang cemerlang tetapi masih tidak mendapat biasiswa/pinjaman tersebut, lakukan perbincangan dengan rakan-rakan anda yang memperoleh biasiswa (dalam bidang yang sama). Barangkali berlaku kesilapan dalam sistem yang mengakibatkan nama anda tercicir daripada senarai mereka yang memperoleh biasiswa.

Tip 3 : Lakukan Semakan Terhadap Syarat-Syarat Permohonan Biasiswa

Setelah perbincangan bersama rakan-rakan yang memperoleh biasiswa dilakukan, dan anda yakin bahawa anda memang wajar memperoleh biasiswa/pinjaman tersebut, lakukan semakan semula terhadap syarat-syarat permohonan biasiswa ini. Adakah anda menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak penaja ? Sebagai contoh, kecemerlangan dalam kurikulum sahaja tidak memadai sekiranya pihak menaja menetapkan bahawa pemohon perlu juga cemerlang dalam aktiviti ko-kurikulum.

Tip 4 : Hubungi Pihak Penaja

Sebenarnya ini merupakan satu langkah yang sangat penting. Sekiranya anda tidak menghubungi pihak penaja, anda tidak akan memperoleh maklumat mengapa permohonan anda tertolak. Boleh jadi sebenarnya permohonan anda tertolak kerana anda tidak melekatkan setem hasil, boleh jadi kerana anda tidak mematikan setem hasil tersebut. Jadi memang banyak sebab mengapa permohonan anda tertolak.

Sebelum anda menghubungi pihak penaja, pastikan anda sudah mencatat point-point penting yang ingin anda tanyakan kepada mereka. Panggilan telefon lebih baik berbanding menggunakan email, kerana anda boleh mengajukan soalan anda dengan jelas kepada mereka. Sekiranya panggilan telefon tidak berjawab, anda boleh gunakan email, dan sekiranya email juga tidak berbalas, anda boleh terus pergi ke pejabat pihak penaja. Susah ?Kerana saya juga pernah menggunakan teknik ini dan ia berkesan ! :-)

Peringatan :  Pegawai atau individu yang bertugas menjawab panggilan telefon mungkin telah melayan beratus-ratus panggilan telefon dan aduan sebelum anda, justeru, anda juga perlu bertindak secara profesional dan sampaikan aduan anda secara berhemah. Sekiranya anda mulakan dengan ucapan yang baik, aduan anda berkemungkinan besar memberikan keputusan yang positif. Jadi, jangan mendesak atau memarahi mereka. Bayangkan jika kita berada di tempat mereka. :)

Tip 5 : Ketahui Tarikh Biasiswa Ditawarkan

Selalunya, pihak penaja juga akan membuka tajaan untuk individu yang baru menghabiskan semester 2 (tahun pertama) mereka. Ada sahabat saya yang mendapat biasiswa JPA dengan menggunakan keputusan peperiksaan semester pertama mereka. Jadi anda juga tidak mustahil untuk mendapatkannya.

Biasiswa atau pinjaman dibuka berdasarkan polisi penaja tersebut. Kebiasaannya, kerajaan (pusat atau negeri ) akan membuka biasiswa sebelum semester bermula setahun sekali. Ada kerajaan negeri yang bermurah untuk membuka tawaran dua kali setahun iaitu pada setiap semester. 

Berbeza dengan penajaan dari pihak swasta (Bank, GLC atau persendirian). Mereka selalunya akan membuka penajaan pada awal tahun. Ada yang dibuka pada pertengahan tahun dan ada juga yang dibuka pada akhir tahun. Mereka membuka penawaran berdasarkan tahun kewangan mereka atau mengikut keuntungan perniagaan mereka. Kebanyakannya seragam dan tarikh-tarikh ini ada dinyatakan di dalam Kit Biasiswa versi penuh.

=======================
Semoga tip-tip ini berguna untuk anda. :) Salam kejayaan !





Sunday, 23 December 2012

Tip Lebatkan Rambut


Rambut yang lebat boleh menjadi aset kepada penampilan anda untuk nampak cantik dan segak. Oleh itu, bagi anda yang ingin dapatkan rambut yang lebat, saya sediakan tips lebatkan rambut di bawah:

1-Untuk lebatkan rambut anda, anda perlu sentiasa basuh rambut anda supaya ia kekal lembap. Jangan basuh rambut anda dengan air panas. Sebaliknya basuh rambut anda dengan air sejuk.

2-Urut kulit kepala anda. Jangan hanya meraba–raba kepala anda. Sebaliknya urut seperti anda urut pada bahagian badan yang lain. Urutan pada bahagian kepala boleh menghasilkan rambut yang lebat dan kuat. Buktinya, ada kedai gunting rambut mamak dan salon mengurut kepala pelanggan mereka untuk lebatkan rambut.

3-Untuk lebatkan rambut, anda perlu makan banyak makanan yang mengandungi vitamin A dan vitamin D.

4-Makan banyak sayur–sayuran dan buah–buahan. Sayur dan buah mengandungi vitamin B6, zink dan magnesium di mana ia penting untuk memberi kekuatan kepada rambut anda. Rambut anda akan lebat apabila rambut anda kuat.

5-Amalkan senaman pada setiap hari atau tiga kali seminggu. Senaman akan kurangkan rasa tekanan dan melancarkan aliran darah di dalam badan. Rambut anda akan lebat apabila anda kurang tekanan atau stress. Aliran darah yang lancar juga membantu rambut anda untuk jadi sihat dan tumbuh lebat.

6-Tip2 lebatkan rambut berikutnya adalah kurangkan minum minuman yang mengandungi kafein dan banyakkan minum air kosong dan jus buah–buahan.

7-Gunakan produk kecantikan yang boleh lebatkan rambut anda.

8-Elakkan menggunakan syampu yang mengandungi terlalu banyak bahan kimia. Bahan kimia seperti yang kita tahu akan memberi kesan yang teruk kepada rambut anda.

Jika anda tidak mampu untuk ikut 8 cara di atas untuk lebatkan rambut, jangan risau. Ada teknik lain yang boleh anda gunakan tanpa perlu ambil masa yang lama. Muat turun Ebook panduan PERCUMA Teknik Mudah Lebatkan Rambut Dalam 30 Hari! di sini. 

Tuesday, 18 December 2012

Tawaran Biasiswa SHELL


Setiap tahun, Shell Malaysia menawarkan beberapa biasiswa untuk menyokong pelajar dalam mencapai matlamat dan cita-cita peribadi mereka. Pelajar Malaysia yang merancang untuk melanjutkan pengajian ijazah sepenuh masa (ijazah sarjana muda) di universiti-universiti yang diiktiraf di Malaysia atau Luar Negara adalah layak untuk memohon. Permohonan bagi Biasiswa Shell Malaysia 2013 kini dibuka dan pelajar kurang upaya (OKU) adalah digalakkan untuk memohon.
Jenis tajaan biasiswa?
  1. Yuran tuisyen
  2. Elaun sara hidup penuh
  3. Elaun perjalanan (untuk pelajar luar negara) 
Syarat-syarat & kelayakan?
  • Sila rujuk laman web pihak penaja.
  
Bidang-bidang yang ditawarkan tajaan biasiswa?
  1. Untuk biasiswa dalam negara: Sebarang bidang berkaitan Minyak dan Gas (contohnya Kejuruteraan Teknikal, logistik dan pengurusan rantaian bekalan dan sebagainya).
  2. Pelajar kurang upaya fizikal (Orang Kurang Upaya) tidak terhad dalam pilihan mereka dan boleh memohon untuk melakukan ijazah dalam mana-mana disiplin.
  1. Untuk biasiswa luar negaraSebarang Kejuruteraan Teknikal (sebagai contoh Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Elektrik, Kejuruteraan Petroleum, Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Alam Sekitar dan sebagainya). 
  2. Mana-mana Disiplin Geosains (Geomatik contohnya, Geologi dan lain-lain).
Tarikh tutup permohanan? 30 JANUARI 2013
Informasi selanjutnya?


Thursday, 13 December 2012

Tawaran Biasiswa MPOB



MPOB menawarkan DUA biasiswa ijazah Doktor Falsafah di mana-mana universiti di United Kingdom (UK), Amerika Syarikat (USA) atau Australia yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi sesi pengajian 2012/2013.

Jumlah pembiayaan merangkumi semua kos pengajian dan sara hidup untuk SEORANG pelajar di UK, USA atau Australia.


Syarat-syarat & Kelayakan :
  1. Warganegara Malaysia
  2. Telah mengenalpasti universiti yang sesuai di UK, USA atau Australia bagi pengajian penyelidikan sepenuh masa
  3. Penguasaan Bahasa Inggeris yang baik, sekurang-kurangnya TOEFL 580 atau IELTS 6.0
  4. Pemohon perlulah mempunyai Ijazah Sarjana Muda Kepujian dan M.Sc yang baik dalam bidang-bidang yang disenaraikan
  5. Projek penyelidikan berkaitan dengan industri sawit dan produk sawit
  6. Umur pada tarikh kemasukan tidak melebihi 40 tahun.

Bidang biasiswa yang ditaja?
  1. Bioinformatics
  2. Human Nutrition
  3. Genomics
  4. Biotechnology
  5. Plant Pathology
  6. Environment
  7. Bio-energy
  8. Mechanisation /Automation

Tarikh tutup permohonan : 31 DISEMBER 2012

Maklumat lanjut layari : 
Layari : http://www.mpob.gov.my/images/stories/pdf/2012_biasiswa_mal.pdf

Rujukan biasiswa-biasiswa yang lain (54 biasiswa) : www.kitbiasiswa.com

Tawaran Biasiswa MNRB



MNRB HOLDING BERHAD (sebuah anak syarikat Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang disenaraikan di Papan Utama Bursa Saham Malaysia) mempelawa permohonan biasiswa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengikuti pengajian tertinggi sepenuh masa di Intitusi Pengajian Tinggi yang diiktiraf :


Jenis biasiswa yang ditaja ialah :
  1. Yuran tuisyen
  2. Elaun sara hidup
Syarat-syarat & kelayakan untuk memohon :
  1. Berumur di bawah 23 tahun.
  2. SPM : memperoleh sekurang-kurangnya 6A termasuk subjek Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.
  3. STPM : sekurang-kurangnya 3A dan LULUSkertas Pengajian Am.
  4. Asasi/Diploma/Sarjana Muda : sekurang-kurangnyaCGPA 3.50.
  5. Perlu menulis 1 halaman esei tulisan tangan dalam Bahasa Inggeris mengenai sebab-sebab memohon biasiswa, manfaat dari kursus pengajian termasuk pelan pendidikan & kerjaya pada masa hadapan.
  6. Pemohon telah berjaya memohon untuk melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara yang diiktiraf untuk mengikuti kursus yang diluluskan.
  7. Keutamaan diberikan kepada individu yang aktif dalam ko-kurikulum.
  8. Tidak menerima sebarang tajaan sebelum ini.
  9. Pelajar yang memperoleh keputusan percubaan SPM serta STPM yang menepati kriteria di atas digalakkan memohon. 

Bidang tajaan biasiswa ini : 
  1. Sains Aktuari
  2. Insurans
  3. Pengurusan Risiko

Tarikh tutup permohonan : 4 JANUARI 2013


Maklumat lanjut :


Senarai lengkap biasiswa-biasiwa di Malaysia layari : www.kitbiasiswa.com



 Selamat Maju Jaya


Friday, 7 December 2012

7 Strategi Mencari Teman Wanita




Jika anda tidak ada teman wanita sekarang, anda boleh cuba tujuh strategi di bawah untuk mencari teman wanita untuk anda berkongsi hidup sebagai suami isteri nanti:

  1. Ubah perangai anda kepada perangai yang lebih baik. Buang semua perangai tidak baik anda dan fokus berperangai dengan perangai yang lebih baik. Wanita mudah suka pada lelaki yang ada kualiti bersikap baik berbanding lelaki yang berperangai buruk. Apabila anda ubah perangai anda kepada perangai yang lebih baik, anda dapat menarik perhatian wanita terhadap diri anda. 
  2. Tunjukkan pada dunia bahawa anda mempunyai keyakinan yang tinggi untuk berjaya. Wanita sangat suka pada lelaki yang ada keyakinan untuk berjaya. Mereka rasa selamat untuk berdamping dengan lelaki yang ada keyakinan untuk berjaya.
  3. Sentiasa kemas berpakaian dan jangan sesekali berpakaian dengan pakaian yang tidak kemas. Jika anda berpakaian kemas, wanita akan lebih suka untuk berkomunikasi dengan anda.
  4. Pastikan badan anda berbau wangi, kuku anda sentiasa pendek dan segala aspek kebersihan diri anda berada dalam keadaan yang memuaskan. Lelaki yang pembersih lebih senang untuk mengambil hati wanita.
  5. Berkawan dengan semua orang dan sentiasa bersikap ceria. Sikap ceria dan berkawan membolehkan anda belajar perangai bermacam jenis orang. Secara tidak langsung, anda akan tahu bagaimana hendak memikat apabila anda berjumpa dengan si dia nanti. Berkawan juga membolehkan anda mengenal seramai mungkin wanita.
  6. Tingkatkan kemahiran berkomunikasi anda dengan sentiasa mencar perkara positif untuk di bualkan dengan orang lain.
  7. Jangan hanya duduk di rumah sahaja. Sebaliknya anda lebihkan aktiviti outdoor. Wanita idaman anda tidak akan datang ke rumah anda. Sebaliknya anda yang perlu mencarinya di luar rumah.
Ketujuh – tujuh strategi di atas adalah strategi asas bagaimana hendak mencari teman wanita. InsyaAllah apabila anda amalkan ketujuh – tujuh strategi di atas, wanita idaman anda akan datang dengan sendiri pada anda.



 

 

Friday, 16 November 2012

4 Cara Menguatkan Ikatan Perkahwinan

 


Cara pertama : Sentiasa ucap ‘ I love U’



Setiap masa anda bertemu dengan pasangan anda atau berbual dengan pasangan anda, anda ucapkan ‘I Love U‘ padanya. Ucapan cinta seperti gam di mana jika anda selalu mengucapkannya, anda akan rasa semakin dekat dengan pasangan anda. Jangan lupa untuk ajar pasangan anda untuk turut ucapkan kata cinta pada anda.

Cara kedua : Sentiasa sentuh pasangan anda

Bercinta selepas berkahwin adalah lebih nikmat kerana anda boleh sentuh pasangan anda tanpa rasa bersalah. Oleh itu, anda ambil kesempatan ini untuk menyalurkan rasa cinta dan sayang anda melalui sentuhan.

Sentuh pasangan anda dengan rasa sayang dan jangan sesekali anda pukul pasangan anda. Antara sentuhan yang boleh anda lakukan adalah meraba bahagian belakang pasangan anda ketika anda duduk bersebelahan, peluk cium pasangan anda dan sentiasa berpegangan tangan antara satu sama lain.

Cara ketiga : Sentiasa puji pasangan anda

Sentiasa puji pasangan anda dan beri semangat pada dia selalu. Jangan sesekali tinggalkan pasangan anda keseorangan. Tunjukkan yang anda rasa bangga berpasangan dengan pasangan anda itu. Jangan sesekali anda memarahi pasangan anda di sebabkan anda rasa malu dengan tindakan pasangan anda.

Cara keempat : Lakukan semua perkara bersama – sama

Jangan biarkan pasangan anda melakukan kerja seorang diri. Sebaliknya sentiasa tawarkan diri untuk berkhidmat untuk keluarga anda. Apabila anda perlu lakukan keputusan, anda libatkan pasangan anda. Jangan amalkan sikap memutuskan sesuatu keputusan tanpa mengambil kira pendapat pasangan anda.

Ke mana sahaja anda pergi, anda perlu pergi dengan pasangan anda. Sentiasa ajak pasangan anda untuk makan di luar dan lakukan aktiviti di luar. Pendek kata, anda anggap pasangan anda sebagai benar – benar pasangan iaitu anda tidak boleh jika tidak bersama dengannya. [sumber]



Saturday, 3 November 2012

Taufan Sandy Hukuman Dari Allah


 

KAHERAH - Segelintir ulama menyifatkan tragedi Taufan Sandy yang membadai New York dan beberapa bandar lain di Amerika Syarikat (AS) adalah hukuman ALLAH SWT selepas kelancangan dan kebiadaban negara itu menerbitkan filem menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW.

Ulama Mesir, Wagdi Ghoneim menganggap taufan itu sebagai pembalasan terhadap penerbitan filem anti-Islam yang dilakukan AS sehinggamencetuskan gelombang protes di seluruh dunia pada September lalu.

“Punca dan sebab taufan di AS masih menjadi persoalan dan saya berpendapat ia adalah pembalasan ALLAH SWT terhadap kemungkaran mereka,” katanya.

Kenyataan itu disampaikan melalui laman Twitternya selepas dua hari bencana itu melanda AS.

Manakala ulama Arab Saudi, Salman al-Audah berkata, taufan mengorbankan lebih daripada 140 orang itu, adalah petanda awal untuk mendorong rakyat AS memeluk Islam.

Namun, reaksi berbeza disuarakan mufti besar negara itu, Abdel Aziz Al Sheik apabila menyatakan rasa simpatinya terhadap mangsa bencana.

“Jangan terlalu gembira dengan tragedi itu kerana terdapat mangsa bencana dalam kalangan umat Islam dan mereka turut menderita,” katanya.

Sementara itu, ulama Iran berpendapat, kejadian itu adalah kuasa ALLAH SWT kerana Iran juga pernah mengalami bencana yang sama pada 2003 hingga menyebabkan lebih 26,000 terkorban di bandar Bam.

Sumber : Sinar harian

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...