TASEK
CORPORATION BERHAD (4698-W), sebuah syarikat awam yang disenaraikan di
Bursa Malaysia menawarkan biasiswa kepada pelajar yang layak di Malaysia
yang mengikuti kursus Ijazah sepenuh masa di universiti-universiti di
Malaysia.
Bidang pengajian yang ditawarkan biasiswa :
a) Bachelor of Engineering (Hons.) Mechanical b) Bachelor of Engineering (Hons.) Electrical
c) Bachelor of Engineering (Hons.) Chemical
d) Bachelor of Enhineering (Hons.) Materials and Mineral Resources
e) Bachelor of Engineering (Hons.) Mechatronics
f) Bachelor of Engineering (Hons.) Process and Technology
Syarat Asas Tajaan :
- Warganegara Malaysia yang telah menamatkan pengajian atau pelajar sepenuh masa yang telah ditawarkan tempat untuk mengikuti atau sedang mengikuti pengajian di universiti-universiti yang ditubuhkan atau didaftarkan di bawah undang-undang yang mengawal selia penubuhan atau pendaftaran di Malaysia atau dibenarkan oleh mana-mana perintah yang dibuat di bawah Seksyen 5A Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971.
- Keputusan akademik yang baik. Rekod penyertaan aktif dalam aktiviti kokurikulum ditambah kelebihan.
- Individu yang sukakan suasana pekerjaan yang mencabar.
- Bukan seorang penerima biasiswa atau anugerah lain dari organisasi atau yayasan lain atau terikat oleh mana-mana institusi pendidikan atau organisasi.
- Pemohon yang berjaya akan menandatangani perjanjian untuk berkhidmat kepada syarikat bagi tempoh yang dinyatakan selepas tamat pengajian.
Borang permohonan : http://www.tasekcement.com/cg/sc_form.pdf
Borang permohonan hendaklah dihantar terus kepada : scholarship@tasek.com.my
atau hantar kepada di :
TASEK CORPORATION BERHAD
Training & Development Department
(Undergraduates Scholarship Programme 2013)
No. 5, Persiaran Tasek, Tasek Industrial Estate,
31400 Ipoh, Perak.
Tel: 05-291 1011
Fax: 05 - 291 9932
Tarikh tutup : 15 November 2013
0 ulasan:
Post a Comment