Powered by Blogger.

Tuesday, 17 December 2013

7 Tips Menang di Ranjang



Meskipun anda dikatakan hebat dikalanya diranjang, adakalanya lelaki terlupa beberapa perkara yang boleh membantunya untuk sentiasa menang dalam perjuangan. Oleh itu kami menyediakan beberapa tips sebagai panduan untuk insan yang bergelar lelaki.


Mengatur tempat
Mengatur dan menyediakan tempat yang selesa untuk hubungan intim bukanlah sesuatu yang sukar. Malah ia akan memudahkan proses bercumbu dan merayu pasangan tatkala memulakan hubungan seks.
Keselesaan isteri akan memudahkan tugas suami, oleh itu rapikanlah tempat tidur pasang lampu malam, muzik yang lembut untuk menyenangkan hatinya dan mencipta suasana romantik.
Pemanasan
Pemanasan atau foreplay merupakan bahagian penting sebuah hubungan intim. Ia adalah perkara yang merangsang nafsu seks wanita. Namun begitu ramai lelaki menganggap foreplay hanya perkara membuang masa dan seterusnya tergesa-gesa melakukan hubungan intim. Bagi wanita inilah sebenarnya bahagian yang paling disenangi dan ingin dinikmatinya.
Tahan keinginan
Belajar menahan keinginan di tempat tidur akan membuat pasangan anda semakin terangsang. Wanita seperti yang diketahui memerlukan masa yang lama untuk berghairah, oleh itu janganlah mementingkan diri.
Puaskanlah terebih dahulu keinginan isteri sebelum mengakhiri hubungan intim. Jangan biarkan isteri terbaring dalam keadaan kecewa kerana gelora nafsunya tidak dipenuhi. Percayalah pekara inilah yang membuatkan isteri lebih menyayangi pasangan.
Fahami Bahasa tubuh
Wanita sememangnya jarang unntuk meluahkan kemahuannya tentang apa yang diiginkan di tempt tidur. Bagaimanapun ia sebenarnya boleh dibawa dengan petunjuk bahasa tubuh.
Perhatikan gerakan-gerakan tubuh isteri yang sebenarnya mungkin ingin memberitahu sesuatu kepada anda secara verbal. Perhatikan bagaimana pasangan anda memberi reaksi terhadap sentuhan. Jika anda melihat tubuhnya tegang ketika disentuh, ubahlah cara sentuhan sehingga isteri berasa nyaman dan senang. Sebaliknya jika ia masih belum memberi kesan, inilah waktunya untuk meningkatkan volume sentuhan.
Jangan melakukan gaya yang keterlaluan
Ada lelaki yang mempunyai fantasi yang tinggi danselalu ingin mencuba gaya baru di tempat tidur. Pastikan kesediaan isteri dahulu sebelum merancang membuat gaya yang baru, jangan melakukan kesilapan.
Ada pasangan yang tidak dapat menerima aksi-aksi baru terutama yang keterlaluan. Sekiranya anda mahu mencuba aksi-aksi baru, perkenalkanlah posisi dan fantasi anda secara perlahan lahan kepadanya.
Pujuk dengan cara yang betul iaitu dengan lembut dan mesra sehinggalah mendapat persetujuan. Tetapi perhatikanlah juga reaksinya, kerana mungkin pasangan anda tidak menyukainya.
Jangan abaikan pasangan
Semua wanita akan rasa kecewa bila pasangan mengabaikan dirinya ketika di tempat tidur. Selalunya ia berlaku apabila suami telah mencapai ejakulasi . Sungguhpun kepenatan namun janganlah mengabaikan isteri setelah anda menikmati kepuasan.
Perlakukan pasangan seperti sedang bercumbu , peluk dan cium dan genggamlah tangannya. Seharusnya inilah masanya suami menunjukkan rasa cinta dengan menyenangkan isteri walaupun sudah merasai kepuasan.
Bahagian sensitif
Lelaki memang lebih tertarik untuk terus memusatkan perhatian ke alat kelamin wanita ketika hubungan seks, sehingga melupakan bahagian-bahagian tubuh wanita yang dipenuhi dengan deria sensitif.
Sebolehnya ketika bersama isteri, cium bahagian bahagian yang sensitif seperti bahagian belakang, leher dan dadanya. Usaplah punggung dan kakinya. Lakukan dengan lembut kerana wanita akan merasakan kesan yang luar biasa setiap kali suami melakukannya.


Monday, 18 November 2013

Anak Mahu Kahwin Tapi Wali Enggan Nikahkan

 

Soalan
Kakak saudara saya ingin mendirikan rumah tangga dengan lelaki pilihan sendiri. Bagaimanapun wali enggan menikahkan anaknya. Apa tindakan yang boleh dilakukan?

Jawapan

Pernikahan sah adalah dengan mematuhi dan memenuhi semua syarat dan rukun pernikahan iaitu; pengantin lelaki, pengantin perempuan, wali, dua saksi lelaki dan juga ijab Kabul (akad nikah tersebut).

Menurut Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan, Seksyen 11, suatu perkahwinan adalah tidak sah melainkan jika cukup semua syarat yang perlu, menurut hukum syarak, untuk menjadikannya sah. Setiap pasangan Muslim di negara ini yang ingin berkahwin perlu mengetahui prosedur perkahwinan menurut Undang-undang Keluarga Islam Negeri tempat menetap masing-masing.

Prosedur ini adalah perlu untuk memastikan perkahwinan yang dilaksanakan adalah bertepatan dengan undang-undang yang berkuat kuasa. Ini kerana perkahwinan yang dilaksanakan mengikut prosedur yang betul sahaja akan diiktiraf dan dilindungi oleh undang-undang sekiranya berlaku apa-apa di kemudian hari.

Kebelakangan ini, banyak isu berkenaan dengan bapa yang enggan untuk menjadi wali, lalu si anak ambil keputusan untuk kahwin lari tanpa kebenaran dengan terpaksa membelakangkan keluarga dan mengetepikan undang-undang sedia ada.

Dalam konteks perkahwinan, wali adalah seseorang yang dipertanggungjawabkan untuk menikahkan bakal isteri dengan bakal suaminya.

Daripada Abi Musa RA, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Tidak ada nikah melainkan dengan adanya wali’. (Riwayat Al-Khamsah dan An-Nasa’i)

Peranan wali dalam pernikahan amat penting kerana ia merupakan satu daripada rukun nikah. Sekiranya pernikahan dilaksanakan tanpa wali ia adalah tidak sah dari segi hukum syarak. Wali hendaklah terdiri daripada orang yang berkelayakan. Wali turut terbahagi kepada beberapa bahagian, iaitu : wali mujbir, aqrab, ab’ad dan wali raja / hakim.

Faktor perlu wali hakim

Sebagai seorang bapa, beliau adalah wali mujbir iaitu wali yang mempunyai kuasa mewalikan perkahwinan anak perempuannya atau cucu perempuannya dengan persetujuannya atau tidak. Sekiranya wali enggan untuk menikahkan pengantin perempuan maka bolehlah menggunakan wali hakim.

Menurut Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan, Seksyen 2 (1) Wali Hakim ditakrifkan sebagai wali yang ditauliahkan oleh Yang di-Pertuan Agong dalam hal Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak atau oleh Raja dalam hal sesuatu negeri lain untuk mengahwinkan perempuan yang tidak mempunyai wali daripada nasab.

Antara faktor yang dibenarkan untuk menggunakan wali hakim adalah seperti berikut;

1. Tidak ada wali nasab.
2. Anak tidak sah taraf atau anak angkat.
3. Wali yang ada tidak cukup syarat.
4. Wali aqrab menunaikan haji atau umrah.
5. Wali enggan.

Dalam kes di mana seorang bapa yang tiada alasan munasabah enggan menikahkan anaknya, ada beberapa perkara yang boleh dilakukan. Kalangan pihak terutama si anak haruslah duduk berbincang dan faham serta mengerti mengapa seorang ayah itu enggan.

Jarang si ayah ingin melihat anaknya menderita. Seorang ayah akan melindungi si anak dan melihat kepentingan dan kebajikan anaknya dalam perkara hal sebegini.

Sebagai seorang bapa, hendaklah beliau duduk berbincang dan terangkan sebab mengapa calon pilihan anaknya tidak dipersetujui. Seorang bapa hendaklah berfikiran matang dan bertanggungjawab dalam setiap perbuatannya.

Golongan fuqaha sependapat wali tidak boleh enggan untuk menikahkan perempuan yang dalam kewaliannya, tidak boleh menyakitinya atau melarangnya berkahwin walhal pilihan perempuan itu memenuhi kehendak syarak.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Ada tiga perkara yang tidak boleh ditangguhkan iaitu: solat bila telah datang waktunya, jenazah bila telah terlantar dan wanita janda yang telah bertemu jodohnya”. (Riwayat At-Tirmizi dan Hakim)

Oleh yang demikian, perbuatan wali menghalang atau enggan menikahkan wanita tanpa ada alasan syarak adalah dilarang dan dianggap satu tindakan yang zalim kepada wanita itu.

Bincang cara baik

Menurut Jumhur Fuqaha (Syafi’e, Maliki dan Hambali) apabila wali aqrab enggan menikahkan pengantin perempuan, maka wali hakimlah yang akan menikahkannya.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Kalau wali-wali itu enggan maka Sultan atau hakim menjadi wali bagi perempuan yang tidak mempunyai wali”. (Riwayat Abu Daud dan At-Tirmizi)

Satu contoh dapat dilihat dalam kes Azizah binti Mat lawan Mat bin Salleh berkenaan dengan wali enggan, Yang Arif Kadhi Mahmood bin Lebai Man (pada masa itu) memutuskan, Azizah berhak mendapat wali Raja atau hakim untuk berkahwin dengan Mansor bin Isa dengan mas kahwin dan belanja yang tidak ditetapkan.

Seperti tertulis di dalam Seksyen 13 Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan; sekiranya wali enggan menikahkan seseorang perempuan tanpa alasan munasabah mengikut syarak, maka hak wali itu berpindah kepada wali hakim.

Dalam perkara ini setelah berbincang dengan keluarga, sekiranya tidak boleh diselesaikan secara baik, si anak boleh membuat permohonan untuk bernikah menggunakan wali hakim.

Sebagai seorang bapa juga haruslah bertimbang rasa dan prihatin terhadap anaknya. Bapa hendaklah cuba berfikiran matang dan boleh bertolak ansur sekiranya pilihan si anak tidak mendatangkan kemudaratan yang besar ke atas anak itu.

Kaedah fiqh menyatakan hendaklah dihapuskan kemudaratan yang besar. Sebagai contoh dalam kes ini haruslah diambil kira sekiranya anak tidak dibenarkan bernikah dengan pilihannya, pelbagai kemudaratan boleh timbul seperti kahwin sempadan, kahwin lari dan melakukan maksiat.

Permohonan boleh dilakukan di mahkamah syariah berhampiran tempat tinggal masing-masing dengan mengisi borang dan disertakan dengan dokumen sokongan seperti salinan kad pengenalan dan lain-lain yang perlu.

Selain itu, pemohon perlu memfailkan notis permohonan, afidavit dan bayaran pendaftaran akan dikenakan. Pemohon boleh merujuk kepada peguam untuk sebarang nasihat dan tindakan lanjut sekiranya difikirkan perlu.

Perkahwinan bukan untuk sehari dua tetapi perjalanan panjang dalam kehidupan. Oleh itu kedua–dua belah pihak seharusnya cuba untuk bekerjasama dalam memastikan perkara yang disamakan dengan perbuatan mendirikan masjid ini berjalan sempurna.

Sebagai seorang anak pula, berbincanglah cara baik dengan ibu bapa kerana walau apa jua sekalipun merekalah yang menjaga dan membesarkan kita daripada sekecil tapak tangan sehingga dewasa.

Soal Jawab Guaman oleh Datuk Khairul Anwar Rahmat, Pengerusi Sukarelawan Peguan untuk Semua (Sukaguam) 

Sumber

Tuesday, 5 November 2013

Fungsi Gunung Ganang dan Penciptaan Gunung Berapi

Letusan Eyjafjallajokull di Iceland mengingatkan manusia kekuasaan Yang Maha Esa

NAMANYA agak janggal dalam perbendaharaan bahasa kita, Eyjafjallajokull. Janggal daripada susunan huruf, sebutan ucapan dan penglihatan mata, tetapi susunan kata itulah yang menggusarkan negara Eropah dan berimbas ke seluruh dunia selama hampir dua minggu yang bermula pada 14 April 2010 lalu.


Eyjafjallajokull nama gunung berapi di Iceland, utara Britain, yang menghamburkan debu setinggi 11 kilometer ke udara dan menghalang banyak penerbangan ke Eropah. Selama enam hari larangan itu, penerbangan dunia mengalami kerugian AS$1.7 bilion. Belum lagi kerugian lain dikaitkan dengan perkhidmatan penerbangan.

Eyjafjallajokull satu nama daripada ribuan nama yang diberikan kepada ciptaan Allah SWT yang bernama gunung. Gunung adalah penyeimbang bumi di mana tanpanya bumi akan beroleng (bergerak) tidak tentu arah. Inilah satu fungsi gunung yang didedahkan al-Quran lebih 1,400 tahun lalu.

Al-Quran menyebutnya bermaksud: “Dan gunung-ganang sebagai pancang pasaknya.” (Surah al-Naba: 7) 

Dalam ayat lain yang bermaksud: “Dan Dia mengadakan di bumi gunung-ganang yang menetapkannya supaya ia tidak menghayun-hayunkan kamu, dan Dia mengadakan sungai-sungai serta jalan-jalan lalu-lalang, supaya kamu dapat sampai ke matlamat yang kamu tuju.” Surah al-Nahl: 15)

Al-Quran menyebut gunung dengan dua perkataan bahasa Arab. Yang pertama kata jamak ‘jibal’ dan disebut sebanyak 33 kali, manakala kata tunggal ‘jabal’ disebut enam kali dan yang kedua kata ‘rawasi’ yang diulang sebanyak 10 kali.

Menurut Rosihan dan Fadlullah, istilah jabal lebih bersifat umum, sedangkan rawasi kemungkinan dimaksudkan khusus untuk menyebutkan gunung yang berfungsi sebagai pasak bumi. Hal ini dikuatkan pula oleh makna dasar dari-pada kata berkenaan. Kata rawasi bermakna sesuatu yang dapat membuat benda yang bergoncang menjadi diam, dalam hal ini benda yang bergoncang adalah bumi.


Penyebutan rawasi juga selalu didahului dengan kata alqa bererti ‘mencampakkan’, atau ‘meletakkan sesuatu yang belum ada sebelumnya di tempat itu.’ Makna ini bersesuaian dengan huraian ilmiah mengenai gunung. Gunung-ganang yang berada di batas lempeng (divergence mahupun convergence) sememangnya tidak muncul bersamaan dengan pembentukan daratan, melainkan harus melalui proses tektonik terlebih dulu.

Penggunaan isim makrifat (al) yang mendahului kata ard dalam Surah Al-Nahl ayat 15. Isim (kata benda) ini menunjukkan pengkhususan, dalam hal ini pengkhususan bahagian tertentu daripada bumi. Ini bererti ‘gunung’ dimaksudkan dalam ayat berkenaan tidak terdapat di seluruh permukaan bumi, akan tetapi hanya pada wilayah tertentu. Wilayah berkenaan kemungkinan adalah batas-batas lempeng.

Bahagian lain setelah kata rawasi dalam ayat ini adalah perkataan an tamiida bikum yang bermakna ‘supaya ia tidak menghayun-hayunkan kamu.’ Perkataan ini mungkin menunjukkan ‘gunung’ yang dibicarakan dalam ayat itu ialah gunung berada dekat dengan permukiman manusia, yakni gunung-gunung di batas lempeng konvergen. Gunung di bawah laut (batas lempeng divergen) mungkin tidak termasuk dalam ‘gunung’ yang dibicarakan ayat ini.

Dalam al-Quran disebut gunung 49 kali mempunyai tujuan tertentu. Dengan bilangan sebanyak itu, sudah tentu gunung mempunyai kedudukan tersendiri dalam senarai makhluk ciptaan Allah. Kita boleh mengkategorikan pembahasan gunung dalam 49 ayat itu kepada pembahasan mengenai hakikat gunung sebagai kata kiasan; kepentingan sejarah manusia; tempat berlaku mukjizat; tempat berlindung manusia dan haiwan; penyeimbang bumi; keagungan penciptaan gunung, gambaran komposisi geologi; fakta bahawa gunung bergerak; supernatural dan nasib gunung pada hari kiamat.

Dari segi sains, gunung berapi adalah suatu proses geologi yang membabitkan pembentukan daratan yang dijana daripada letusan menerusi permukaan planet dipanggil magma, batuan cair yang meleleh keluar dari bahagian dalam (interior) planet.


 Gunung berapi ada dalam beberapa bentuk sepanjang kitaran hayatnya. Gunung berapi yang aktif mungkin bertukar menjadi separuh aktif, menjadi pendam, sebelum akhirnya menjadi tidak aktif atau mati. Bagaimanapun, gunung berapi mampu menjadi pendam selama tempoh 610 tahun sebelum bertukar menjadi aktif semula. Oleh itu, sukar untuk menentukan keadaan sebenar sesuatu gunung berapi itu, sama ada sesebuah gunung berapi itu berada dalam tempoh pendam atau telah mati.

Apabila gunung berapi meletus, magma yang terkandung di dalam kamar magma di bawah gunung berapi meletus keluar sebagai lahar atau lava. Selain daripada aliran lava, kemusnahan oleh gunung berapi disebabkan melalui pelbagai cara seperti aliran lava; letusan gunung berapi; aliran lumpur; abu; kebakaran hutan; gas beracun; gelombang tsunami; dan gempa bumi.

Kejadian fenomena alam abu gunung Eyjafjallajokull sedikit sebanyak mengingatkan manusia mengenai kekuasaan Sang Maha Pencipta yang tidak ada tolak bandingnya. Dia boleh melakukan apa saja tanpa ada campur tangan dari sesiapa pun. Manusia sebagai makhluk ciptaannya hanya boleh menerimanya secara sukarela mahupun secara terpaksa demi kebaikan mereka.

“Kalau sudah demikian, adakah Allah yang menciptakan semuanya itu sama seperti makhluk yang tidak menciptakan sesuatu? Maka patutkah kamu lalai sehingga kamu tidak mahu beringat serta memikirkannya?” (Surah al-Nahl: 17)


Ketahuilah hakikat sebenar Yakjuj dan Makjuj dengan memiliki ebook dibawah :-
http://www.klikjer.com/members/idevaffiliate.php?id=4376_45
 

Monday, 28 October 2013

Biasiswa Tasek Corporation Berhad Kini Dibuka

 

TASEK CORPORATION BERHAD (4698-W), sebuah syarikat awam yang disenaraikan di Bursa Malaysia menawarkan biasiswa kepada pelajar yang layak di Malaysia yang mengikuti kursus Ijazah sepenuh masa di universiti-universiti di Malaysia.

Bidang pengajian yang ditawarkan biasiswa :
a) Bachelor of Engineering (Hons.) Mechanical 
b) Bachelor of Engineering (Hons.) Electrical 
c) Bachelor of Engineering (Hons.) Chemical
d) Bachelor of Enhineering (Hons.) Materials and Mineral Resources 
e) Bachelor of Engineering (Hons.) Mechatronics  

f) Bachelor of Engineering (Hons.) Process and Technology
 
Syarat Asas Tajaan :
  1. Warganegara Malaysia yang telah menamatkan pengajian atau pelajar sepenuh masa yang telah ditawarkan tempat untuk mengikuti atau sedang mengikuti pengajian di universiti-universiti yang ditubuhkan atau didaftarkan di bawah undang-undang yang mengawal selia penubuhan atau pendaftaran di Malaysia atau dibenarkan oleh mana-mana perintah yang dibuat di bawah Seksyen 5A Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971.
  2. Keputusan akademik yang baik. Rekod penyertaan aktif dalam aktiviti kokurikulum ditambah kelebihan.
  3. Individu yang sukakan suasana pekerjaan yang mencabar.
  4. Bukan seorang penerima biasiswa atau anugerah lain dari organisasi atau yayasan lain atau terikat oleh mana-mana institusi pendidikan atau organisasi.
  5. Pemohon yang berjaya akan menandatangani perjanjian untuk berkhidmat kepada syarikat bagi tempoh yang dinyatakan selepas tamat pengajian.
Permohonan boleh dibuat di http://www.tasekcement.com
Borang permohonan : http://www.tasekcement.com/cg/sc_form.pdf
Borang permohonan hendaklah dihantar terus kepada :  scholarship@tasek.com.my
atau hantar kepada di :

TASEK CORPORATION BERHAD
Training & Development Department
(Undergraduates Scholarship Programme 2013)
No. 5, Persiaran Tasek, Tasek Industrial Estate,
31400 Ipoh, Perak.
Tel: 05-291 1011
Fax: 05 - 291 9932

Tarikh tutup : 15 November 2013

Sunday, 20 October 2013

Kalimah ALLAH Milik Semua

 

SHAH ALAM – Isu kalimah ALLAH yang bermula pada 2009 kembali panas selepas Mahkamah Rayuan Isnin lalu menetapkan majalah The Herald tidak boleh menggunakan kalimah tersebut dalam percetakan mereka. 

Namun, persoalan yang terus bermain di minda rakyat sekarang adalah, adakah kalimah tersebut boleh dibenarkan atau tidak kepada bukan Islam? Ada yang berasa boleh dan ramai yang berkata tidak boleh. Malah, percanggahan begini boleh mengelirukan umat Islam serta bukan Islam. 

Pendakwah terkenal, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, setiap hari orang Islam seluruh dunia melafazkan ayat dalam Surah al Fatihah, yang berbunyi ‘segala puji bagi ALLAH Tuhan segala alam’. 

“Tiada Muslim pun yang menyebut ‘segala puji bagi ALLAH Tuhan kaum Muslimin sahaja’. Ini kerana Muslim mengakui ALLAH itu Tuhan untuk semua, bukan untuk kaum dan pihak tertentu sahaja. 

“Maka isu kalimah ALLAH tidak pernah timbul di negara-negara Arab. Bahkan mereka mungkin sukar untuk faham dan hairan apabila kita memberitahu kita menghalang pihak Kristian memanggil Tuhan itu ALLAH. Di Sabah dan Sarawak juga sudah berpuluh tahun mereka menggunakannya,” kata bekas Mufti Perlis itu. 

Katanya, isu kalimah ALLAH ini menjadi sejarah menarik dan tersendiri di Semenanjung Malaysia kerana masalah ini tidak pernah wujud di negara-negara Arab kerana Kristian Arab menggunakan perkataan ALLAH apabila merujuk kepada Tuhan sejak sebelum dan selepas
zaman Nabi Muhammad SAW.
 

“Bahkan kaum Quraisy sebelum kehadiran Nabi Muhammad SAW juga guna nama ALLAH. Bapa Nabi Muhammad SAW bernama Abdullah, yang bermaksud hamba ALLAH,padahal bapa Nabi Muhammad SAW tidak sempat pun bertemu dengan Nabi Muhammad SAW sebagai Rasulullah,” katanya. 

Kata Asri, Kristian Qibti di Mesir juga sejak sekian lama memanggil Tuhan sebagai ALLAH. 

“Demikian juga Kristian Lebanon dan Jordan. Gereja-gereja mereka berdoa dengan memanggil ALLAH sejak zaman silam. Apa yang hendak dihairankan, asal-usul ajaran mereka dari ajaran Nabi Isa AS. 

“Bukan sahaja perkataan ALLAH. Banyak lagi perkataan yang membabitkan akidah yang sama antara Islam dan Kristian, (termasuk) nama para nabi; Ibrahim, Musa, Harun, Isa dan lain-lain,” katanya. 

Bagaimanapun, katanya, keadaan di Malaysia berbeza dan tidak mengizinkan kalimah ALLAH digunakan oleh bukan Islam, malah kerajaan boleh menetapkan peraturan supaya tidak berlaku kekeliruan sehingga menyebabkan provokasi. 

"Berdasarkan hukum agama, kalimah ALLAH adalah untuk semua lapisan masyarakat, tanpa mengira agama, bangsa dan budaya. Demi kesejahteraan dan menghormati beberapa negeri, ia diselaraskan supaya tidak dibenarkan. Kerajaan perlu juga harus tampil menjelaskan mengapa ia (kalimah ALLAH) tidak boleh digunakan. 

"Mungkin ada sesetengah pihak mendakwa kalimah ALLAH di dalam Bible seolah-olah ada agenda tertentu. Kerana itu, saya katakan, kerajaan tampil dengan peraturan sebegini. Cuma, tiada penjelasan yang dibuat. Mesti ada hujah,” katanya. 

Dalam membuat perbandingan isu kalimah ALLAH di negara ini, Asri turut memberi satu contoh di mana seorang pekerja kaunter keluar menunaikan solat sunat dhuha, dan ketiadaan pekerja kaunter itu menyebabkan keadaan menjadi kelam-kabut walaupun untuk beberapa minit. 

“Lalu ketuanya mengeluarkan peraturan, tidak membenarkan solat dhuha di pejabat kerana tidak mahu keadaan yang sama berulang. Ia jelas, bukan tidak membenarkan solat, tetapi jangan dilakukan pada waktu bekerja, memandangkan pekerjaannya berbentuk perkhidmatan,” katanya. 

Asri berkata, kalimah ALLAH sebenarnya sudah lama digunakan masyarakat bukan Islam, termasuk dalam lagu negeri masing-masing. 

“Pernah ke dengar (dalam) lagu negeri, baris yang ada kalimah ALLAH, orang bukan Islam tukar kepada nama Tuhan mereka? 

“ALLAH adalah untuk semua. ALLAH itu menjelaskan Tuhan yang satu. Contoh lain yang saya ambil, seorang Cina mengatakan: ‘Hari ini Tuhan ALLAH kasi turun hujan. Adakah kita nak marah Cina itu? Adakah perlu kita betulkan ayatnya dengan mengatakan Tuhan kamu bukan ALLAH? Jika ada, ia sudah tidak mengesakan ALLAH lagi,” katanya. 

“Itu adalah realiti. Kalau ada yang keliru, mereka tidak jelas dengan akidah. Saya tidak bela orang kafir, tetapi kafir di Arab menggunakan kalimah ALLAH sejak dahulu lagi. 

"Mereka ini digelar musyrikin kerana mendakwa ada tuhan lain selain ALLAH. Ia sudah tertulis di dalam al-Quran,” katanya.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...