NILAI: Nasib 10,200 graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan yang sehingga
kini masih belum ditawarkan pekerjaan sebagai guru akan diketahui pada
pembentangan Belanjawan 2013, 28 September ini.
Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, semua graduan terbabit diharap dapat bersabar kerana kedudukan mereka sebagai guru akan diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, pada hari itu.

"Ada timbul isu masalah pengangguran bagi graduan pendidikan kerana
selepas menamatkan pelajaran dan memperoleh ijazah, mereka tidak
ditawarkan pekerjaan di Kementerian Pelajaran.
"Bagaimanapun, kita sudah dimaklumkan masalah ini dan jalan penyelesaian sudah diambil namun ia hanya akan diumumkan oleh Perdana Menteri pada Belanjawan nanti," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Politeknik Nilai di sini, hari ini.
Ditanya sama ada Perdana Menteri akan mengumumkan berita baik untuk graduan berkenaan, Mohamed Khaled berkata beliau sendiri tidak mengetahuinya, namun berharap ia adalah khabar gembira kepada graduan terbabit.
Dalam perkembangan lain, Mohamed Khaled berkata kementeriannya kini dalam usaha untuk memantapkan mutu program pengajian di politeknik iaitu dengan menawarkan lebih banyak program pengajian peringkat ijazah.
Katanya, pada tahun ini, politeknik menawarkan lebih 10 program pengajian peringkat ijazah dalam bidang kejuruteraan, perdagangan dan perkhidmatan dan menerima 12,000 permohonan daripada pelajar.
"Program pengajian ijazah ini dilaksanakan sama ada secara berkembar
dengan institusi lain, secara anugerah bersama dengan institusi lain
yang setara atau program pengajian yang dibangun dan dilaksana sendiri
oleh politeknik.
"Apabila jumlah program peringkat ijazah sudah banyak, berkemungkinan kita akan mempertimbang mana-mana Politeknik untuk diangkat menjadi Kolej Universiti atau Universiti," katanya.
- BERNAMA
"Apabila jumlah program peringkat ijazah sudah banyak, berkemungkinan kita akan mempertimbang mana-mana Politeknik untuk diangkat menjadi Kolej Universiti atau Universiti," katanya.
- BERNAMA
0 ulasan:
Post a Comment