Pihak GAMUDA telah membuka anugerah Biasiswa kepada mereka-mereka yang layak. Tajaan
Biasiswa GAMUDA diberikan kerana GAMUDA mahu membentuk bakat muda
Malaysia yang berpotensi dan mempunyai minat untuk mengikuti mana-mana
disiplin kerjaya seperti yang dinyatakan di bawah. Mulakan kerjaya anda
dengan Program Biasiswa GAMUDA.
Tajaan meliputi :
1- Yuran pengajian dan perbelanjaan sara hidup bagi universiti tempatan
2- Yuran pengajian bagi universiti luar negara
Syarat-syarat Asas Tajaan :
- Memperoleh sekurang-kurangnya 3A dalam peperiksaan STPM baru-baru ini atau yang setara (seperti "A" Levels, Matrikulasi, Foundation, Diploma).
- Mahir dalam Bahasa Inggeris, mempunyai kualiti kepimpinan, mempunyai nilai-nilai diri yang baik, pemacu dan berkomitmen untuk cemerlang.
- Mendapat tempat dalam mana-mana institusi yang dinyatakan untuk mengikuti program ijazah pertama sepenuh masa.
- Perlu mempunyai bukti yang jelas tentang keperluan kewangan.
- Bersedia untuk berkhidmat dalam Kumpulan Gamuda bagi tempoh yang ditetapkan setelah tamat pengajian.
- Bukan seorang penerima biasiswa, pinjaman atau bantuan kewangan daripada mana-mana organisasi lain.
Bidang Tajaan :
- Kejuruteraan (Awam, Mekanikal, Elektrik atau Alam Sekitar)
- Ukur Bahan / Pengurusan Pembinaan
- Seni Bina / Seni Bina Landskap
- Perbandaran & Perancangan Bandar
- Sains Teknikal (Geologi, Geomatik)
- Sains Sosial / Kewangan / Perniagaan
Tarikh tutup permohonan : 30 APRIL 2014
Maklumat selanjutnya :
0 ulasan:
Post a Comment