Powered by Blogger.

Monday, 28 October 2013

Biasiswa Tasek Corporation Berhad Kini Dibuka

 

TASEK CORPORATION BERHAD (4698-W), sebuah syarikat awam yang disenaraikan di Bursa Malaysia menawarkan biasiswa kepada pelajar yang layak di Malaysia yang mengikuti kursus Ijazah sepenuh masa di universiti-universiti di Malaysia.

Bidang pengajian yang ditawarkan biasiswa :
a) Bachelor of Engineering (Hons.) Mechanical 
b) Bachelor of Engineering (Hons.) Electrical 
c) Bachelor of Engineering (Hons.) Chemical
d) Bachelor of Enhineering (Hons.) Materials and Mineral Resources 
e) Bachelor of Engineering (Hons.) Mechatronics  

f) Bachelor of Engineering (Hons.) Process and Technology
 
Syarat Asas Tajaan :
  1. Warganegara Malaysia yang telah menamatkan pengajian atau pelajar sepenuh masa yang telah ditawarkan tempat untuk mengikuti atau sedang mengikuti pengajian di universiti-universiti yang ditubuhkan atau didaftarkan di bawah undang-undang yang mengawal selia penubuhan atau pendaftaran di Malaysia atau dibenarkan oleh mana-mana perintah yang dibuat di bawah Seksyen 5A Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971.
  2. Keputusan akademik yang baik. Rekod penyertaan aktif dalam aktiviti kokurikulum ditambah kelebihan.
  3. Individu yang sukakan suasana pekerjaan yang mencabar.
  4. Bukan seorang penerima biasiswa atau anugerah lain dari organisasi atau yayasan lain atau terikat oleh mana-mana institusi pendidikan atau organisasi.
  5. Pemohon yang berjaya akan menandatangani perjanjian untuk berkhidmat kepada syarikat bagi tempoh yang dinyatakan selepas tamat pengajian.
Permohonan boleh dibuat di http://www.tasekcement.com
Borang permohonan : http://www.tasekcement.com/cg/sc_form.pdf
Borang permohonan hendaklah dihantar terus kepada :  scholarship@tasek.com.my
atau hantar kepada di :

TASEK CORPORATION BERHAD
Training & Development Department
(Undergraduates Scholarship Programme 2013)
No. 5, Persiaran Tasek, Tasek Industrial Estate,
31400 Ipoh, Perak.
Tel: 05-291 1011
Fax: 05 - 291 9932

Tarikh tutup : 15 November 2013

Sunday, 20 October 2013

Kalimah ALLAH Milik Semua

 

SHAH ALAM – Isu kalimah ALLAH yang bermula pada 2009 kembali panas selepas Mahkamah Rayuan Isnin lalu menetapkan majalah The Herald tidak boleh menggunakan kalimah tersebut dalam percetakan mereka. 

Namun, persoalan yang terus bermain di minda rakyat sekarang adalah, adakah kalimah tersebut boleh dibenarkan atau tidak kepada bukan Islam? Ada yang berasa boleh dan ramai yang berkata tidak boleh. Malah, percanggahan begini boleh mengelirukan umat Islam serta bukan Islam. 

Pendakwah terkenal, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, setiap hari orang Islam seluruh dunia melafazkan ayat dalam Surah al Fatihah, yang berbunyi ‘segala puji bagi ALLAH Tuhan segala alam’. 

“Tiada Muslim pun yang menyebut ‘segala puji bagi ALLAH Tuhan kaum Muslimin sahaja’. Ini kerana Muslim mengakui ALLAH itu Tuhan untuk semua, bukan untuk kaum dan pihak tertentu sahaja. 

“Maka isu kalimah ALLAH tidak pernah timbul di negara-negara Arab. Bahkan mereka mungkin sukar untuk faham dan hairan apabila kita memberitahu kita menghalang pihak Kristian memanggil Tuhan itu ALLAH. Di Sabah dan Sarawak juga sudah berpuluh tahun mereka menggunakannya,” kata bekas Mufti Perlis itu. 

Katanya, isu kalimah ALLAH ini menjadi sejarah menarik dan tersendiri di Semenanjung Malaysia kerana masalah ini tidak pernah wujud di negara-negara Arab kerana Kristian Arab menggunakan perkataan ALLAH apabila merujuk kepada Tuhan sejak sebelum dan selepas
zaman Nabi Muhammad SAW.
 

“Bahkan kaum Quraisy sebelum kehadiran Nabi Muhammad SAW juga guna nama ALLAH. Bapa Nabi Muhammad SAW bernama Abdullah, yang bermaksud hamba ALLAH,padahal bapa Nabi Muhammad SAW tidak sempat pun bertemu dengan Nabi Muhammad SAW sebagai Rasulullah,” katanya. 

Kata Asri, Kristian Qibti di Mesir juga sejak sekian lama memanggil Tuhan sebagai ALLAH. 

“Demikian juga Kristian Lebanon dan Jordan. Gereja-gereja mereka berdoa dengan memanggil ALLAH sejak zaman silam. Apa yang hendak dihairankan, asal-usul ajaran mereka dari ajaran Nabi Isa AS. 

“Bukan sahaja perkataan ALLAH. Banyak lagi perkataan yang membabitkan akidah yang sama antara Islam dan Kristian, (termasuk) nama para nabi; Ibrahim, Musa, Harun, Isa dan lain-lain,” katanya. 

Bagaimanapun, katanya, keadaan di Malaysia berbeza dan tidak mengizinkan kalimah ALLAH digunakan oleh bukan Islam, malah kerajaan boleh menetapkan peraturan supaya tidak berlaku kekeliruan sehingga menyebabkan provokasi. 

"Berdasarkan hukum agama, kalimah ALLAH adalah untuk semua lapisan masyarakat, tanpa mengira agama, bangsa dan budaya. Demi kesejahteraan dan menghormati beberapa negeri, ia diselaraskan supaya tidak dibenarkan. Kerajaan perlu juga harus tampil menjelaskan mengapa ia (kalimah ALLAH) tidak boleh digunakan. 

"Mungkin ada sesetengah pihak mendakwa kalimah ALLAH di dalam Bible seolah-olah ada agenda tertentu. Kerana itu, saya katakan, kerajaan tampil dengan peraturan sebegini. Cuma, tiada penjelasan yang dibuat. Mesti ada hujah,” katanya. 

Dalam membuat perbandingan isu kalimah ALLAH di negara ini, Asri turut memberi satu contoh di mana seorang pekerja kaunter keluar menunaikan solat sunat dhuha, dan ketiadaan pekerja kaunter itu menyebabkan keadaan menjadi kelam-kabut walaupun untuk beberapa minit. 

“Lalu ketuanya mengeluarkan peraturan, tidak membenarkan solat dhuha di pejabat kerana tidak mahu keadaan yang sama berulang. Ia jelas, bukan tidak membenarkan solat, tetapi jangan dilakukan pada waktu bekerja, memandangkan pekerjaannya berbentuk perkhidmatan,” katanya. 

Asri berkata, kalimah ALLAH sebenarnya sudah lama digunakan masyarakat bukan Islam, termasuk dalam lagu negeri masing-masing. 

“Pernah ke dengar (dalam) lagu negeri, baris yang ada kalimah ALLAH, orang bukan Islam tukar kepada nama Tuhan mereka? 

“ALLAH adalah untuk semua. ALLAH itu menjelaskan Tuhan yang satu. Contoh lain yang saya ambil, seorang Cina mengatakan: ‘Hari ini Tuhan ALLAH kasi turun hujan. Adakah kita nak marah Cina itu? Adakah perlu kita betulkan ayatnya dengan mengatakan Tuhan kamu bukan ALLAH? Jika ada, ia sudah tidak mengesakan ALLAH lagi,” katanya. 

“Itu adalah realiti. Kalau ada yang keliru, mereka tidak jelas dengan akidah. Saya tidak bela orang kafir, tetapi kafir di Arab menggunakan kalimah ALLAH sejak dahulu lagi. 

"Mereka ini digelar musyrikin kerana mendakwa ada tuhan lain selain ALLAH. Ia sudah tertulis di dalam al-Quran,” katanya.


Saturday, 19 October 2013

10 Wasiat Terakhir Rasulullah


 
  • Menjaga Jiwa Dan Harta Setiap Orang Muslim Sebagai Amanah Suci
  • Jangan Kamu Sakiti Sesiapa Pun Agar Orang Lain Tidak Menyakiti Kamu
  • Mengingati Hari Kematian Dan Hari Pembalasan

  • Riba’ Adalah Di Haramkan Di Sisi Islam
  • Berwaspada Terhadap Godaan Syaitan Demi Keselamatan Agama Islam Walaupun Dalam Hal-Hal Yang Keci
  •  Menjaga Keharmonian Suami Isteri

  • Mengharamkan Zina

  • Sempurnakan Lima Rukun Islam

  • Mengekalkan Ikatan Silaturahim Sesama Islam(Semua Umat Islam Adalah Bersaudara)

  • Berpegang Teguh Kepada Ai-Quran Dan Sunnah

Friday, 18 October 2013

Kelantan Bedil ATM

Separuh akhir yang pertama yang menyaksikan dimana pasukan ATM dibedil dengan 2 das oleh pasukan Kelantan dalam saingan Piala Malaysia untuk separuh akhir yang pertama. Perlawanan tersebut berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.

Gol-gol dijaringkan oleh Badhri Radzi minit ke 15, Christie Jeyaselan minit ke 19.


Gol kemenangan Kelantan dijaringkan oleh Norfarhan Muhammad pada minit ke 79.

Aksi seterusnya untuk pusingan kedua akan berlangsung pada 25 Oktober ini di Stadium Sultan Mohd ke IV.

Mampukah ATM menambah jaringan di Kota Bharu dan menempah tiket ke final?
Mampukah Kelantan mengekalkan kelebihan ini dan menambah jaringan gol seterusnya menempah tiket ke final? 
Sama-sama kita saksikan pada 25 Oktober ini.

Video jaringan : 



Sunday, 13 October 2013

Bumi hancur 16 Mac 2880?




 Sebanyak 0.3 peratus peluang 1950DA melanggar bumi dalam tempoh 867 tahun.

CALIFORNIA - Sainstis Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (Nasa), menjangkakan sebuah asteroid besar dikenali sebagai 1950DA akan melanggar bumi pada 16 Mac 2880, sekali gus menyebabkan dunia hancur. 

Menurut laporan Daily Mail, Asteroid itu mula ditemui pada 23 Februari 1950, dan diperhatikan selama 17 hari sebelum hilang dari pandangan selama setengah abad. 

Pada 31 Disember 2000, 1950DA muncul kembali dan melalui pemerhatian optik, ia berputar sekali pada setiap 2.1 jam dan menjadikannya asteroid kedua berpusing paling laju dalam saiznya. 

Difahamkan, asteroid itu terletak hampir 5 kilometer dari garis pusat dan bergerak kira-kira 15 kilometer sesaat untuk ke bumi serta mampu menghentam Lautan Atlantik pada kelajuan 61 kilometer sejam. 

Asteroid1950DA dianggarkan berlanggar dengan planet bumi pada kuasa 44,800 megatan. 

Bagaimanapun kebarangkalian kesan hanya 0.3 peratus, iaitu 50 peratus lebih hebat berbanding impak dari asteroid lain.

Saturday, 12 October 2013

Kelantan Juara Piala Presiden 2013

Kelantan menjuarai Piala Presiden 2013 menewaskan Perak malam tadi dengan keputusan Kelantan (2) - Perak (1) hasil jaringan Muhamad Raim pada minit ke 73, Khairul Asyraf minit 75' dan Rozaimi Azwa minit 82.


Thursday, 10 October 2013

Kisah Epal Syurga - Abu Nawas



Ketika Abu Nawas sedang berkhutbah di masjid, tiba-tiba datang seorang pedagang. Kedatangan pedagang itu mengangu konsentrasinya kerana dia selalu mencemuh segala kata-kata Abu Nawas.

"Aku tidak memahami semua bicaramu" kata orang itu. Jangan banyak cakap, tunjukkan saja pada kami sesuatu dari Syurga.

Kemudian Abu Nawas hanya mengambil epal dari dalam bakul dan memberikannya kepada pedagang itu. "Ambillah epal dari syurga ini".

"Apakah ini epal dari syurga?" gertak pedagang itu.
"Tetapi mengapa epal ini busuk di salah satu sisinya?"

"Apakah engkau menganggap diri mu sempurna?" Tanya Abu Nawas. "Aku rasa epal ini sama dengan epal dari syurga yang pernah engkau dapatkan."

Orang-orang yang berkumpul tertawa dan pedagang itu tidak boleh mumbuka mulut lagi.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...