Masalah tumit
merekah boleh disebabkan keadaan persekitaran tempat kerja. Orang yang bekerja
di tapak binaan menghadapi risiko lebih besar mengalami masalah ini kerana kaki
menerima lebih tekanan.
Antara faktor yang menyebabkan tumit merekah adalah seperti berikut:
a. Berdiri terlalu lama di atas permukaan kasar.
b. Obesiti - Kegemukan memberi tekanan berlebihan kepada lapisan lemak pada tumit, menyebabkan ia tersesar ke tepi. Kulit akan pecah jika ia tidak lagi mampu menahan tekanan tersebut.
c. Memakai kasut tidak bertutup belakang juga dikatakan membantu sesaran lapisan lemak dan meningkatkan tekanan pada tumit.
d. Masalah kulit seperti psoriasis atau ekzema
e. Kelenjar peluh yang tidak aktif
f. Masalah kaki leper
g. Memakai kasut yang terlalu ketat
h. Kencing manis
Petanda paling jelas ialah wujudnya rekahan halus pada tumit. Kulit tumit biasanya menjadi tebal dan seolah-olah 'tumbuh' di keliling tumit. Kulit ini biasanya berwarna kekuningan atau menjadi lebih gelap. Malah, kaki berasa gatal dan sakit apabila berjalan.
Jika rekahan pada tumit berdarah, perkara pertama yang perlu dilakukan ialah merawat luka terlebih dulu. Sebaik-baiknya mulakan rawatan sebaik garis halus pada tumit kelihatan kerana pada peringkat ini ia lebih mudah dihilangkan.
RAWATAN:
1. Bersihkan kaki setiap pagi dan malam (selepas semua aktiviti harian tamat). Kulit kaki juga perlu dibelai dengan mencuci menggunakan sabun yang lembut atau sabun anti bakteria membuat pengelupasan dan menyapukan pelembap.
2. Cara pengelupasan paling mudah ialah menggosok tumit dengan batu pumis (boleh dibeli di farmasi atau pasarraya). Gosok perlahan-lahan beberapa kali untuk menanggalkan kulit yang tebal. Jika rekahan tumit besar, gunakan berus yang dibuat daripada gentian semula jadi. Cuci bersih dan lap hingga kering, terutama di bahagian merekah.
3. Sapukan pelembap seperti losen atau minyak bayi.
4. Pakai stokin yang diperbuat kapas ketika bekerja.
5. Sebelum tidur, lakukan 2 mandian untuk kaki iaitu mandian panas dan sejuk (masukkan air suam dan sejuk dalam 2 besen berasingan). Tuangkan sedikit sabun antibakteria ke dalam kedua-dua besen. Rendam kaki dalam kedua-dua besen secara berselang seli. Ulang antara 10 hingga 15 minit.
6. Keringkan kaki dan sapukan losyen pelembap.
7. Pakai stokin kapas ketika tidur.
8. Ulang semua proses ini selama 7 hari. Apabila kulit tumit menjadi lembut, proses membersih, mengelupas dan melembap boleh dilakukan 2 kali seminggu.
AMARAN: Jangan cuba gunting kulit tebal (kalus) kerana ia hanya mendedahkan kaki kepada jangkitan kuman.

Sumber : Ensaiklopedia Petua Melayu Lama
0 ulasan:
Post a Comment