Memandu didakwa boleh beri kesan sampingan kepada golongan wanita.
RIYADH - ARAB SAUDI. Seorang ulama terkemuka di Arab Saudi mendakwa
bahawa memandu boleh memberi kesan sampingan kepada golongan wanita
termasuk merosakkan ovari selain menyebabkan kanak-kanak mengalami
masalah klinikal.
Jumaat lalu, dalam satu wawancara yang dipaparkan di dalam laman
sesawang sabq.org, Sheikh Saleh al-Lohaidan turut menyokong hujahnya itu
bersama dengan kajian perubatan yang menunjukkan perbuatan memandu
sebenarnya memberi kesan secara terus kepada ovari selain menolak pelvis
ke atas.
"Perkara ini dapat dilihat dengan jelas kerana wanita yang memandu
secara kerap biasanya akan mempunyai anak yang mengalami pelbagai
masalah klinikal," jelasnya menurut laporan Reuters.
Beliau mengeluarkan kenyataan itu susulan daripada tindakan beberapa
aktivis yang mengadakan kempen baru untuk membantah larangan tersebut
pada 26 Oktober depan.