Dikisahkan bahawa suatu hari, Ibrahim bin Adham ra melintas di pasar
Basrah, lalu orang ramai berkumpul mengerumuninya seraya berkata, “Wahai Abu
Ishaq, apa sebab kami selalu berdoa namun tidak pernah dikabulkan.?”
Ia menjawab, “Kerana hati kalian telah mati oleh 10 hal:
Pertama, kalian mengenal Allah tetapi tidak menunaikan hak-Nya.
Kedua, kalian mengaku cinta Rasulullah SAW tetapi meninggalkan sunnahnya.
Ketiga, kalian membaca al-Qur’an tetapi tidak mengamalkannya.
Keempat, kalian memakan nikmat-nikmat Allah SWT tetapi tidak pernah pandai
mensyukurinya.
Kelima, kalian mengatakan bahwa syaitan itu adalah musuh kalian tetapi tidak
pernah berani menentangnya.
Keenam, kalian katakan bahawa syurga itu adalah haq (benar) tetapi tidak
pernah beramal untuk menggapainya.
Ketujuh, kalian katakan bahawa neraka itu adalah haq (benar) tetapi
tidak mahu lari darinya.
Kelapan, kalian katakan bahawa kematian itu adalah haq (benar) tetapi
tidak pernah menyiapkan diri untuknya.
Kesembilan, kalian bangun dari tidur lantas sibuk membincangkan aib orang
lain tetapi lupa dengan aib sendiri.
Kesepuluh, kalian kuburkan orang-orang yang meninggal dunia di kalangan kalian
tetapi tidak pernah mengambil pelajaran dari mereka.”
(SUMBER: Mi’ah Qishshah Wa Qishshah Fii Aniis ash-Shaalihiin Wa Samiir
al-Muttaqiin karya Muhammad Amin al-Jundi, Juz.II, hal.94)
0 ulasan:
Post a Comment