Powered by Blogger.

Friday, 22 February 2013

Faktor Penyebab Tidak Terkabulnya Doa



Dikisahkan bahawa suatu hari, Ibrahim bin Adham ra melintas di pasar Basrah, lalu orang ramai berkumpul mengerumuninya seraya berkata, “Wahai Abu Ishaq, apa sebab kami selalu berdoa namun tidak pernah dikabulkan.?” 

Ia menjawab, “Kerana hati kalian telah mati oleh 10 hal: 

Pertama, kalian mengenal Allah tetapi tidak menunaikan hak-Nya. 
Kedua, kalian mengaku cinta Rasulullah SAW tetapi meninggalkan sunnahnya. 
Ketiga, kalian membaca al-Qur’an tetapi tidak mengamalkannya. 
Keempat, kalian memakan nikmat-nikmat Allah SWT tetapi tidak pernah pandai mensyukurinya. 
Kelima, kalian mengatakan bahwa syaitan itu adalah musuh kalian tetapi tidak pernah berani menentangnya. 
Keenam, kalian katakan bahawa syurga itu adalah haq (benar) tetapi tidak pernah beramal untuk menggapainya. 
Ketujuh, kalian katakan bahawa neraka itu adalah haq (benar) tetapi tidak mahu lari darinya. 
Kelapan, kalian katakan bahawa kematian itu adalah haq (benar) tetapi tidak pernah menyiapkan diri untuknya. 
Kesembilan, kalian bangun dari tidur lantas sibuk membincangkan aib orang lain tetapi lupa dengan aib sendiri. 
Kesepuluh, kalian kuburkan orang-orang yang meninggal dunia di kalangan kalian tetapi tidak pernah mengambil pelajaran dari mereka.” 

(SUMBER: Mi’ah Qishshah Wa Qishshah Fii Aniis ash-Shaalihiin Wa Samiir al-Muttaqiin karya Muhammad Amin al-Jundi, Juz.II, hal.94)



Tuesday, 19 February 2013

Aplikasi Al-Quran Handphone Keluaran Non Muslim. Perlu Cakna!!!

PERHATIAN SATU SEBARAN DIPERLUKAN ..SHARE SEBERAPA BANYAK YANG BOLEH.

Satu versi baru al-Quran telah dikeluarkan Apple APP STORE oleh komuniti kafir Ahmadiyyah / Qadiani.

Nama app adalah"The Holy Quran, Arabic text and English translation". "Diterjemahkan oleh Maulvi Sher Ali, Ahmadiyya Muslim Community" telah jelas disebut dalam maklumat app dalam iPhone App Store.

Umat Islam perlu peka untuk tidak membeli dan memuat turun aplikasi ini!

Produk ini perlu diboikot kerana ini adalah salah / mengelirukan & bercanggah dengan ayat Al-Quran yang asal.

Sila kongsikan kepada semua orang supaya mereka tahu walaupun mereka tidak menggunakan androids atau iPhone tetapi mereka boleh memberitahu orang lain insya-Allah.

Jangan abaikan...sila share


Dr. Hj. Tengku Asmadi T. Mohamad


sumber fb media islamic & HarakahDaily

Saturday, 16 February 2013

Kereta Diserang Arnab


Insiden enjin kereta pengguna Lapangan Terbang Antarabangsa Denver, Colorado, Amerika Syarikat dimasuki arnab yang sekali gus memakan kabel palam pencucuh serta pendawaian lain merunsingkan pelbagai pihak.

Kejadian yang berlaku sejak Januari lalu mencetuskan rasa tidak puas hati pengguna termasuk pihak lapangan terbang yang terpaksa menanggung kerugian jutaan dolar.


Bagaimanapun, pelbagai usaha telah dilaksanakan melibatkan pemindahan sekurang-kurangnya 100 ekor arnab yang mengganggu pemilik kenderaan di kawasan parkir oleh kakitangan hidupan liar persekutuan.

"Sebaik arnab-arnab itu dipindahkan, pihak syarikat lapangan terbang akan membuat penambahbaikan sistem pagar dan memasang rumah hinggap untuk haiwan pemangsa seperti helang dan burung lain," kata jurucakap lapangan terbang, Laura Coale.

Pertengahan Januari lalu, pengguna lapangan terbang berkenaan membuat laporan kepada media tempatan selepas enjin kenderaan mereka rosak teruk angkara arnab.

Lapor agensi berita Mail Online, kawasan lapangan terbang itu adalah habitat asal ratusan arnab yang semakin berani melakukan kemusnahan harta pengguna dengan mengunyah wayar brek, klac dan beberapa pendawaian lain. - AP

Thursday, 14 February 2013

Kisah taubat Seorang Artis & Penari Terkenal Mesir


 


Seorang artis terkenal juga penari, Haalah ash-Shaafy menceritakan kisah kenapa ia meninggalkan kerjayanya di dunia seni dan memilih untuk bertaubat dan bagaimana ketenangan jiwa yang ia rasakan. Dengan gaya bahasa yang menyentuh, ia menceritakannya dalam sebuah wawancara di sebuah majalah,

“Suatu hari, seperti biasa aku melakukan adegan menari di salah satu hotel terkenal di Cairo, Mesir. Saat menari, aku merasakan diriku seperti mayat dan boneka yang bergerak tanpa makna. Dan untuk pertama kalinya aku merasa malu apabila menyedari dalam pose setengah telanjang, menari di hadapan mata kaum lelaki dan di tengah-tengah gelas-gelas arak yang terhampar.

Lalu aku tinggalkan arena itu dan cepat-cepat pergi sambil menangis menuju bilik tukar pakaian dan lantas memakai pakaianku kembali. Selama hidupku, baru kali ini aku diliputi suatu perasaan yang belum pernah aku rasakan semenjak bermula menari dari usia15 tahun lalu.

Maka, aku pun segera berwuduk dan melakukan solat. Ketika itu, untuk pertama kalinya aku merasakan kebahagiaan dan kedamaian. Dan sejak hari itu, aku memakai hijab sekalipun masih banyak tawaran-tawaran menggiurkan yang dihulurkan kepadaku ataupun pelbagai ejekan dari sebahagian orang. Aku pun melaksanakan haji sambil berdiri dan menangis di hadapan Kaabah memohon kepada Allah kiranya mengampuni dosa-dosa yang telah aku lakukan pada hari-hari hitamku .”

Di akhir ceritanya, Halah berkata, ”Haalah ash-Shaafy telah mati dan telah menanam bersama masa lalunya. Adapun saya sekarang adalah bernama Suhair ‘Abidin, Ummu Karim, suri rumah, hidup bersama anak dan suami. Titisan air mata penyesalan sentiasa mendampingiku atas hari-hari yang dulu pernah aku lakukan seusiaku, jauh dari Khaliq-ku yang telah memberikan segalanya padaku.

Sesungguhnya, aku kini adalah bayi baru dilahirkan, aku merasakan ketenangan dan kedamaian setelah sebelumnya hanya perasaan cemas dan sedih yang menjadi temanku sekalipun kekayaan berlimpah, selalu terlewat malam dan bersenang-senang …. Aku telah melakukan masa-masa yang lalu sebagai teman syaitan, yang aku kenal hanya bersenang-senang dan menari. Aku telah hidup dalam kehidupan yang amat dibenci dan terhina. Sarafku selalu tegang tetapi sekarang aku merasa baru menjadi bayi semula. Aku merasa berada di tangan yang begitu amanah, yang membelai kasih sayang dan mengucapkan selamat padaku … Yah, Tangan Allah Taala. “


Sunday, 3 February 2013

Tip Bisnes Teknik Jerat Jualan – Pemasaran Facebook Efektif

Jerat atau perangkap digunakan untuk membantu manusia bagi memperoleh sesuatu berdasarkan kemahuannya. Walaupun penggunaan perkataan ini mempunyai unsur negatif, namun kesannya tidak sama.

Usahawan yang mempunyai bisnes yang stabil, adalah usahawan yang bijak pasang jerat. Mereka tahu dan faham bagaimana untuk memperoleh lebih ramai pelanggan menerusi jerat yang dipasang.

Sebaik sahaja jerat itu dipasang, pelanggan terpaksa masuk ke dalam jerat itu. Dalam erti kata lain, pelanggan mula mengeluarkan duit dari poket atau akaun bank mereka, untuk dipindahkan ke akaun bank bisnes kita.

Perbuatan menjerat ini adalah perbuatan yang digunakan oleh semua usahawan masa kini. Lebih-lebih lagi apabila wujud ruangan komuniti, yang menghimpunkan jutaan bakal pelanggan menerusi Facebook.

Teknik untuk menjerat pelanggan mempunyai 3 elemen penting:
1. Buat mereka derita.
2. Beri pelanggan tawaran yang rugi ditolak.
3. Jerat mereka dengan ketakutan.

Buat Mereka Derita

Dunia hari ini penuh dengan emosi. Apa sahaja yang berlaku, semuanya melibatkan emosi. Kajian menjelaskan manusia membuat keputusan berlandaskan 90% emosi. Baki 10% pula adalah logik.

Ini menjelaskan bahawa perkataan emosi mempunyai kuasa dominasi yang besar dalam hidup mereka. Dari perspektif perniagaan, kita melihat ini sebagai umpan bagi menghasilkan jerat duit yang berkesan.

Apa yang boleh kita lakukan adalah mewujudkan emosi derita dalam kempen pemasaran Facebook. Hasilkan perkataan-perkataan yang membuatkan diri mereka kesal jika tidak membaca.

Sebagai contoh, jika produk kita adalah produk melangsingkan badan, maka penggunaan ayat emosi yang boleh membuatkan mereka derita adalah seperti berikut:

“Badan Gemuk... Sudah Buat Temujanji Dengan Kubur?”


Beri Pelanggan Tawaran yang Rugi Ditolak


Apa yang kita tawarkan, itu yang membantu para pelanggan membuat keputusan.
Berdasarkan sebuah kajian kes yang dilakukan oleh jurujual di Malaysia, apabila kita memberikan tawaran yang kelihatan seperti berat sebelah pada pihak pelanggan, maka biasanya mereka akan termasuk dalam jerat kita.

Oleh yang demikian, hasilkan tawaran produk yang membuatkan mereka tidak ada sebab untuk membeli. Sebagai contoh:

Jika anda membeli _____, maka saya akan berikan anda 3 produk tambahan iaitu ____, _____, _____ secara 100% percuma. Bukan itu sahaja, jika anda tidak puas hati, anda boleh ambil balik 100% wang.

Anda boleh ambil produk itu jika mahu. Anggap ia sebagai hadiah dan tanda penghargaan daripada kami atas kepercayaan anda melakukan pembelian.


Jerat Mereka Dengan Ketakutan

Apabila melakukan kempen bisnes di Facebook, buat para pelanggan kita seram sejuk. Jangan beri mereka peluang untuk berfikir-fikir. Keadaan seperti ini akan membuatkan bisnes kita menjadi lebih parah.

Berikan ayat-ayat trauma seperti:
“Tawaran ini hanya untuk 7 orang pertama sahaja. Siapa lambat, dia perlu bayar harga XXX. Tidak ada lagi diskaun.”

Ledakkan Lebih Banyak Jualan Di Facebook

Panduan ini menghimpunkan strategi dan teknik efektif untuk meningkatkan jumlah duit kita di Facebook. Antara kajian kes yang dimuatkan dalam laporan ini ini adalah, bagaimana seorang usahawan menjana 6 angka.

Berhenti teragak-agak. Klik di sini untuk dapatkan laporan -Seni Pemasaran Facebook.


Saturday, 2 February 2013

Laman Web JAWI kena Hack

Laman web Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan kena hack. Yang lawaknya diletakkan sekali video Uztaz Azhar Idrus dalam laman web tersebut. Link laman web JAWI : http://www.jawi.gov.my/


Friday, 1 February 2013

Kelebihan Surah Al-Waaqiah



 


Persediaan awal untuk peperiksaan Muet sesi March 2013 [klik gambar bawah]

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...