Al-'Alamah Habib Umar BenHafidz dilahirkan di Tarim, Yaman pada4 Muharam 1383 Hijrah bersamaan 27 Mei 1963 Masehi.
Kota Tarim khususnya dan negeri Hadramawt secara amnya terkenal sebagai sebuah tempat yang paling ramai melahirkan para ulama dan auliya'. Di bumi ini juga bersemadinya cucu cicit daripada keturunan Rasulullah s.a.w dan yang pertama dilaporkan sampai di bumi tersebut adalah Saidina Isa Bin Ahmad Al-Muhajir.
Daripada zuriat Saidina Isa Al-Muhair inilah kemudiannya lahir alim-ulama yang terkenal dan masyhur di serata dunia dengan ilmu dalam pelbagai bidang seperti fiqh, usuluddin, hadis, tassawuf, nahu dan lain-lain lagi. Sanad ilmu mereka kesemuanya bersandarkan daripada apa yang disampaikan oleh baginda Rasulullah s.a.w.
Adapun metode pengajaran dan penyebaran Islam yang dibawa oleh para ulama daripada Tarim ini dikenali sebagai Thariqah Al-'Alawiyyah, dimana ianya berpaksikan ilmu, amal, wara', khauf (takut), dan ikhlas. Ini merupakan persyaratan yang harus dipelajari dan mesti menjadi pegangan mereka. Kesan daripada tarbiyyah Thariqah Al-'Alawiyyah inilah, agama Islam berjaya dikembangkan dan disebarkan prinsip wasathiyyah, di wilayah-wilayah di Asia Tenggara seperti Malaysia. Indonesia, India, Sri Lanka, Pantai Timur Afrika dan lain-lainnya.
Tradisi keilmuan di bumi Tarim ini kini diteruskan sehingga ke hari ini oleh generasi mutakhir antaranya adalah Adda'ie Al-'Alamah Habib Umar Bin Muhammad Bin Salim BenHafidz. Beliau telah banyak menimba ilmu daripada pelbagai ulama di dalam pelbagai bidang ilmu Islam dan antara guru beliau yang utama ialah bapa beliau sendiri iaitu Assyahid Habib Muhammad Bin Salim, bapa mertua beliau Al-Habib Muhammad Al-Haddar dan Hbib Salim Muhammad Bin Abdullah Al-Shatry. Bermula pada tahun 1402 Hijrah 1982M beliau berulang alik ke Makkah untuk menimba ilmu dan tarbiyyah daripada Imam Al-'arif Habib Abdul Qadir Bin Ahmad Al-Saqqaf, Habib Ahamad Bin Taha Al-Haddad, Habib Abu Bakar Al-Athas Bin Abdullah Al-Habsyi. Seterusnya beliau menerima ijazah Al-Asanid daripada Al-Musnid Syeikh Muhammad Yassin Al-Fadany, dan Muhadthis Sayyid Muhammad Bin Alawi Al-Maliki dan para ulama lain.
Di samping beliau menimba ilmu, beliau mula melaksanakan tugas sebagai pendakwah seawal usia 15 tahun. Dan pada tahun 1994, sekembalinya ke bumi Tarim, beliau telah menubuhkan sebuah pusat pengajian tinggi Islam yang dikenali sebagai Darul Mustaffa. Kini institut tersebut telah berjaya melahirkan pelajar-pelajar yang berwibawa dan hebat di dalam ilmu-ilmi Islam antaranya Hadis, tafsir al-Quran, dan lain-lain. Ditambah dengan pengiktirafan pelajar daripada pelbagai pelosok dunia antarnya Malaysia, Singapura, Indonesia, Mesir, Afrika, Eropah, Pakistan, Australia dan lain-lain.
Namun, didalam kesibuka beliau mengurus dan membimbing pelajarnya, beliau masih lagi berkesempatan di dalam melaksanakan dakwahnya. kini dakwah beliau bukan lagi berpusat di Tarim, tetapi di seluruh dunia, Antara tempatyang sering dikunjungi beliau hampir setiap tahun ialah Malaysia, Indonesia, Singapura, Australia, Sri Lanka, Mesir, Negara-negara eropah termasuk Eropah timur, Amerika Syarikat, Kanada, India, Pakistan dan Afrika.
Beliau telah dipilih dan menduduki ranking ke 37 bagi tokoh muslim yang berpengaruh di dunia oleh buku 500 Most Influential Muslims, dan kedudukan yang ke 33 dari 100 Most Influential People In The World Today oleh Majalah Forbes. Manakala majalah Times pula memilih beliau sebagai manusia yang ke 35 paling berpengaruh di dunia (100 Most Influential person 2011).
Sumber
>>> LIKE fanpage KALAM MUJAHID <<<
0 ulasan:
Post a Comment