Powered by Blogger.

Thursday, 31 January 2013

Dunia Tahi Bintang Dekati Bumi

Kolkata: Serpihan tahi bintang akan menghampiri bumi pada 16 Februari ini, lebih rapat berbanding sesetengah satelit yang mengorbit planet, kata seorang pegawai.

Tahi bintang yang berhampiran bumi, 2012 DA14, dengan bergarispusat kira-kira 148 meter. Ia akan hampir dengan bumi kirakira jam 12.55 pagi 16 Februari, kata pengarah Penyelidikan dan Akademik Institut Penyelidikan Asas dan Planetarium MP Birla Depiposad Duari.

Jaraknya paling hampir ialah kira-kira 34,000 kilometer dari pusat Bumi. - Agensi

Wednesday, 30 January 2013

Biasiswa Melanjutkan Pengajian Di Canada

Mereka yang berminat mendapatkan maklumat lanjut untuk menyambung pengajian di Canada boleh ke Canadian Education Fair di KL dan Penang.

February 2-3, 2013
Conference Hall 1
Level 3, Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC)
11:00 a.m. to 6:00 p.m.

February 4, 2013
Traders Hotel, Georgetown, Penang
11:00 a.m. to 5:30 p.m.

Maklumat lanjut : https://www.facebook.com/CanadaMalaysia
Sumber : MyBiasiswa

Friday, 25 January 2013

Biasiswa TNB Hampir Ditutup, Mohon Sekarang

Keterangan ringkas -
Yayasan Tenaga Nasional (YTN) mempelawa bumiputra Sabah & Sarawak yang berkelayakan untuk memohon biasiswa bagi mengikuti program Universiti Luar Negara dan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) bagi kemasukan tahun 2013.

Jenis tajaan yang ditawarkan adalah berbentuk BIASISWA.

Syarat-syarat & Kelayakan untuk memohon :
  1. Pemohon mestilah seorang bumiputra.
  2. Telah menduduki peperiksaan SPM atau STPM.
  3. Pemohon mestilah berasal dari Sabah atau Sarawak.

Bidang tajaan yang ditawarkan ialah : 
 - Luar Negara (ijazah sarjana muda)
  • Kejuruteraan Elektrik Kuasa,
  • Kejuruteraan Mekanikal
  • Kejuruteraan Awam
  • Perakaunan
- UNITEN
  • Asas Kejuruteraan
  1. Kejuruteraan elektrik kuasa
  2. Kejuruteraan elektrik & elektronik
  3. Kejuruteraan mekanikal
  4. Kejuruteraan awam
  5. Sains komputer
  • Asas bukan kejuruteraan
  1. Teknologi maklumat
  2. Perakaunan
  3. Kewangan
  4. Pengajian bisnes
Syarat & Kelayakan Akademik
- Rujuk laman web [klik sini]

Cara memohon :
Permohonan hendaklah dibuat secara "online" di laman web YTN di http://yayasan.tnb.com.my/sam .


Tarikh tutup permohonan : 31 JANUARI 2013.


## Maklumat lanjut layari  http://yayasan.tnb.com.my/sam/Lampiran/2013/iklanBiasiswaBorneoLuarNegaraUniten.PDF

## Senarai biasiswa-biasiswa lain layari www.kitbiasiswa.com


Sunday, 20 January 2013

Wajib Memilih Pemimpin Yang Boleh Menjaga Agama




Prof Dr Syeikh Muhammad Ali As-Soubuni menyarankan kepada setiap orang mukmin agar memilih pemimpin yang akan melaksanakan Islam dan diyaini dapat menjaga agama.
Beliau juga berkata HARAM memilih pemmimpin yang merosakkan agama.



 



Monday, 14 January 2013

Biografi Ringkas Al-Habib Umar Bin Hafidz



Al-'Alamah Habib Umar BenHafidz dilahirkan di Tarim, Yaman pada4 Muharam 1383 Hijrah bersamaan 27 Mei 1963 Masehi.

Kota Tarim khususnya dan negeri Hadramawt secara amnya terkenal sebagai sebuah tempat yang paling ramai melahirkan para ulama dan auliya'. Di bumi ini juga bersemadinya cucu cicit daripada keturunan Rasulullah s.a.w dan yang pertama dilaporkan sampai di bumi tersebut adalah Saidina Isa Bin Ahmad Al-Muhajir.

Daripada zuriat Saidina Isa Al-Muhair inilah kemudiannya lahir alim-ulama yang terkenal dan masyhur di serata dunia dengan ilmu dalam pelbagai bidang seperti fiqh, usuluddin, hadis, tassawuf, nahu dan lain-lain lagi. Sanad ilmu mereka kesemuanya bersandarkan daripada apa yang disampaikan oleh baginda Rasulullah s.a.w.

Adapun metode pengajaran dan penyebaran Islam yang dibawa oleh para ulama daripada Tarim ini dikenali sebagai Thariqah Al-'Alawiyyah, dimana ianya berpaksikan ilmu, amal, wara', khauf (takut), dan ikhlas. Ini merupakan persyaratan yang harus dipelajari dan mesti menjadi pegangan mereka. Kesan daripada tarbiyyah Thariqah Al-'Alawiyyah inilah, agama Islam berjaya dikembangkan dan disebarkan prinsip wasathiyyah, di wilayah-wilayah di Asia Tenggara seperti Malaysia. Indonesia, India, Sri Lanka, Pantai Timur Afrika dan lain-lainnya.

Tradisi keilmuan di bumi Tarim ini kini diteruskan sehingga ke hari ini oleh generasi mutakhir antaranya adalah Adda'ie Al-'Alamah Habib Umar Bin Muhammad Bin Salim BenHafidz. Beliau telah banyak menimba ilmu daripada pelbagai ulama di dalam pelbagai bidang ilmu Islam dan antara guru beliau yang utama ialah bapa beliau sendiri  iaitu Assyahid Habib Muhammad Bin Salim, bapa mertua beliau Al-Habib Muhammad Al-Haddar dan Hbib Salim Muhammad Bin Abdullah Al-Shatry. Bermula pada tahun 1402 Hijrah 1982M beliau berulang alik ke Makkah untuk menimba ilmu dan tarbiyyah daripada Imam Al-'arif Habib Abdul Qadir Bin Ahmad Al-Saqqaf, Habib Ahamad Bin Taha Al-Haddad, Habib Abu Bakar Al-Athas Bin Abdullah Al-Habsyi. Seterusnya beliau menerima ijazah Al-Asanid daripada Al-Musnid Syeikh Muhammad Yassin Al-Fadany, dan Muhadthis Sayyid Muhammad Bin Alawi Al-Maliki dan para ulama lain.

Di samping beliau menimba ilmu, beliau mula melaksanakan tugas sebagai pendakwah seawal usia 15 tahun. Dan pada tahun 1994, sekembalinya ke bumi Tarim, beliau telah menubuhkan sebuah pusat pengajian tinggi Islam yang dikenali sebagai Darul Mustaffa. Kini institut tersebut telah berjaya melahirkan pelajar-pelajar yang berwibawa dan hebat di dalam ilmu-ilmi Islam antaranya Hadis, tafsir al-Quran, dan lain-lain. Ditambah dengan pengiktirafan pelajar daripada pelbagai pelosok dunia antarnya Malaysia, Singapura, Indonesia, Mesir, Afrika, Eropah, Pakistan, Australia dan lain-lain.

Namun, didalam kesibuka beliau mengurus dan membimbing pelajarnya, beliau masih lagi berkesempatan di dalam melaksanakan dakwahnya. kini dakwah beliau bukan lagi berpusat di Tarim, tetapi di seluruh dunia, Antara tempatyang sering dikunjungi beliau hampir setiap tahun ialah Malaysia, Indonesia, Singapura, Australia, Sri Lanka, Mesir, Negara-negara eropah termasuk Eropah timur, Amerika Syarikat, Kanada, India, Pakistan dan Afrika.

Beliau telah dipilih dan menduduki ranking ke 37 bagi tokoh muslim yang berpengaruh di dunia oleh buku 500 Most Influential Muslims, dan kedudukan yang ke 33 dari 100 Most Influential People In The World Today oleh Majalah Forbes. Manakala majalah Times pula memilih beliau sebagai manusia yang ke 35 paling berpengaruh di dunia (100 Most Influential person 2011).

Sumber





Thursday, 10 January 2013

Kursus Perubatan dan Biasiswa di Universiti Taylor

 


Biasiswa Kemasukan ke Taylor menyediakan pelajar dengan peluang untuk memulakan laluan langsung kepada ijazah pilihan mereka melalui program Asasi Taylor atau Taylor's American Degree Transfer Program (ADP). Program asasi dan ADP di Taylor membenarkan pelajar untuk belajar bidang yang berkaitan dengan ijazah mereka, dengan itu, mempercepatkan persediaan mereka bagi pengajian universiti.

Biasiswa Program ini adalah terbuka kepada semua pelajar SPM yang menduduki peperiksaan SPM mereka pada tahun 2012. Permohonan berdasarkan keputusan peperiksaan percubaan SPM.


Syarat-syarat & kelayakan :
Peringkat SPM (Berdasarkan ramalan sekolah / keputusan peperiksaan percubaan)
  1. 6A untuk Program Asasi (termasuk A +, A, A-)
  2. 7A untuk Program Pemindahan Ijazah Amerika (A +, A)

Bidang-bidang yang ditawarkan basiswa : 
  1. American Degree Transfer Program
  2. Architecture
  3. Building
  4. Design
  5. Biosciences
  6. Business
  7. Communication
  8. Computing
  9. Design
  10. Engineering
  11. Medicine
  12. Pharmacy

Tarikh tutup permohonana : 12 Januari 2013

Maklumat lanjut layari :  http://www.taylors.edu.my/popup/taylors_entrance_scholarships_2013/

Senarai biasiswa-biasiswa lain : www.kitbiasiswa.com

# Selamat Maju Jaya # 


 




 

Wednesday, 9 January 2013

Pesanan Untuk Anak !!!



Wahai anakku,
Berpegang teguhlah kamu dengan apa yang nyatakan Allah dalam Al-Quran, walaupun kamu tidak disenangi dengan pendirian kamu itu, nescaya Allah akan memeliharamu dari kebatilan. Mungkin ada manusia membencimu, tetapi itu lebih mudah bagimu dari berhadapan dengan kebencian Tuhanmu. 

Wahai anakku,
Kalaulah akal manusia mampu memandu perjalanan hidup dan menyelesaikan masalah manusia, maka tidak perlulah bagi Allah menurunkan Al Quran, dan mengutuskan para rasul. Allah menurunkan untuk mengajar apa yang manusia tidak ketahui.

Wahai anakku, 
Bilamana manusia merasa akalnya lebih hebat dari wahyu, itu adalah langkah ke arah kesesatan. Janganlah kamu merasa hebatnya pandangan yang bertentangan dengan wahyu, walau ia kelihatan begitu sekalipun. Kerana itu hanya bersifat semenatara. Hebatnya cahaya bulan hanya sementara matahari belum terbit. Bilamana terbit matahari hilanglah cahayanya. Demikian hebatnya pandangan akal, sementara tidak bertentangan dengan wahyu, bilamana zahir kebenaran wahyu, hilanglah hebatnya akal.

Wahai anakku,
Janganlah kamu teruja dengan sanjungan ribuan manusia kepadamu, seandainya Allah langsung tidak memandangmu. Kerana sanjungan manusia akan lenyap dengan satu kesalahanmu. Di waktu lenyapnya sanjungan manusia kerana kesalahanmu, Allah masih membuka pintu taubat kepadamu.
Kerana itu wahai anakku, janganlah kamu tenggelam dalam sanjungan makhluk kerana merasa hebatnya kamu. Tetapi biarlah kamu tenggelam dalam kasihsayang Tuhanmu walaupun di ketika kamu hanya bersendirian.

Wahai anakku,
Ada orang yang hebat disanjung di bumi, namun ia tidak dikenali oleh Malaikat di langit. Ada orang yang langsung tidak dikenali di bumi, tetapi semua malaikat mengenalinya. Lantaran itu jadilah kamu orang yang dikenali di bumi dengan ketaatanmu, agar kamu terus dikenali oleh para malaikat Allah. Dan jangan sesekali kamu tidak dikenali oleh manusia di bumi, dan tidak dipeduli oleh Malaikat di langit. 

Wahai anakku,
Setiap manusia ada kelebihan dan kekurangannya. Kelebihanmu bukan untuk engkau sombong dengannya dan menghina orang yang kurang darimu. Namun janganlah engkau dukacita di atas kekuranganmu, kerana Allah tidak menghinamu kerana kekurangan itu.

Wahai anakku,
Orang yang buta matanya akan jadi hebat bilamana mata hatinya celik. Orang yang pekak telinganya, akan jadi hebat bilamana ia boleh tunduk kepada wahyu Tuhannya. Kerana itu kenalilah apakah kelebihan yang Allah kurniakan kepadamu, agar kamu boleh gunakannya kepada keredhaan Tuhanmu. Kenalilah apa pula kelemahanmu, agar musuh tidak mengambil kesempatan dari kelemahan itu.

Oleh Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man 


**** Muat turun panduan percuma :
1- Autoblog - [disini]
2- Lebatkan Rambut Dalam Masa 30Hari- [disini]
3- Putihkan Gigi [disini] 

Friday, 4 January 2013

Keputusan MUET November 2012 Diumum 8hb Januari 2013

Keputusan Muet November 2012 diumum Selasa


KUALA LUMPUR - Keputusan ujian Malaysian University English Test (Muet) bagi sesi November 2012 akan dikeluarkan 8 Januari depan, menurut Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) hari ini.    

Seramai 75,634 orang menduduki ujian itu.

Calon yang mendaftar di sekolah atau institusi boleh mendapat keputusan di sekolah atau institusi masing-masing mulai pukul 10 pagi manakala calon persendirian akan memperolehnya melalui pos.

"Calon juga boleh menyemak keputusan mereka menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip MUET<jarak>RESULT<jarak><nombor kad pengenalan> dan dihantar ke 15888, mulai pukul 12:01 tengah malam 8 Januari atau melalui online dengan melayari portal MPM iaitu http://www.mpm.edu.my mulai pukul 9 pagi pada tarikh tersebut," kata kenyataan itu.

Bagi calon yang mahu membuat semakan semula keputusan mereka, boleh berbuat demikian dengan membuat bayaran sebanyak RM70 yang tarikh tutup rayuan ialah pada 14 Januari.

Maklumat lanjut boleh diperoleh melalui laman web MPM di www.mpm.edu.my
Bagi calon yang ingin mengambil semula MUET atau memperbaiki keputusan, mereka boleh membuat pendaftaran untuk sesi Mac 2013 secara online melalui laman web MPM atau menerusi www.mesp.gov.my/online. - Bernama

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...