Kuala Lumpur: Seramai 700,000
wanita di Malaysia berisiko mendapat kanser payudara dalam hayat kehidupan
mereka.
Maklumat berkenaan dikongsi
Perdana Menteri, Datuk Seri najib Razak, menerusi laman Facebook beliau
semalam.
Menurut paparan maklumat bertajuk
‘Kanser Payudara di Malaysia’ itu, jumlah berkenaan bersamaan dengan seorang
daripada setiap 20 wanita, malah penyakit berkenaan adalah ancaman utama kepada
14 juta penduduk wanita di negara ini.
Pemeriksaan mamogram penting
Justeru, pengesanan kanser
payudara pada peringkat awal membolehkan penyakit itu dirawat dengan lebih
berkesan, yang mana empat kaedah untuk tujuan itu ialah pemeriksaan sendiri,
melaporkan perubahan payudara kepada doktor, pemeriksaan oleh doktor dan
mamogram atau x-ray payudara.
Mamogram amat berguna bagi wanita
berumur antara 50 dan 69 tahun, ia disyorkan dibuat sekali setiap dua tahun
dengan kos sekitar RM180 hingga RM250 bagi setiap pemeriksaan.
Dalam Bajet 2013, kerajaan
mengumumkan perkhidmatan pemeriksaan mamogram percuma bagi wanita berumur 40
tahun dan ke atas untuk meringankan beban kos rakyat membabitkan peruntukan
RM25 juta.
Kemudahan itu dijangka memberi
manfaat kepada 100,000 wanita di negara ini.
0 ulasan:
Post a Comment