Powered by Blogger.

Wednesday, 31 October 2012

Kanser Payudara Pengancam No 1 Wanita Malaysia



Kuala Lumpur: Seramai 700,000 wanita di Malaysia berisiko mendapat kanser payudara dalam hayat kehidupan mereka.

Maklumat berkenaan dikongsi Perdana Menteri, Datuk Seri najib Razak, menerusi laman Facebook beliau semalam.

Menurut paparan maklumat bertajuk ‘Kanser Payudara di Malaysia’ itu, jumlah berkenaan bersamaan dengan seorang daripada setiap 20 wanita, malah penyakit berkenaan adalah ancaman utama kepada 14 juta penduduk wanita di negara ini.


Pemeriksaan mamogram penting

Justeru, pengesanan kanser payudara pada peringkat awal membolehkan penyakit itu dirawat dengan lebih berkesan, yang mana empat kaedah untuk tujuan itu ialah pemeriksaan sendiri, melaporkan perubahan payudara kepada doktor, pemeriksaan oleh doktor dan mamogram atau x-ray payudara.

Mamogram amat berguna bagi wanita berumur antara 50 dan 69 tahun, ia disyorkan dibuat sekali setiap dua tahun dengan kos sekitar RM180 hingga RM250 bagi setiap pemeriksaan.

Dalam Bajet 2013, kerajaan mengumumkan perkhidmatan pemeriksaan mamogram percuma bagi wanita berumur 40 tahun dan ke atas untuk meringankan beban kos rakyat membabitkan peruntukan RM25 juta.

Kemudahan itu dijangka memberi manfaat kepada 100,000 wanita di negara ini.

Sumber : Berita Harian 

Laporan sebelum ini :

 

 

Friday, 19 October 2012

Baju Rasulullah s.a.w

 


Suami Berhak Berpoligami

 

Kuala Lumpur: Suami yang mahu berkahwin lebih daripada satu tidak perlu meminta kebenaran isteri pertama kerana ia tidak terkandung dalam enakmen syariah di semua negeri.

Sebaliknya, mengikut Seksyen 23 Enakmen Keluarga Islam yang hampir seragam di semua negeri, suami diberikan hak berpoligami dan hanya perlu mengemukakan permohonan kepada Mahkamah Syariah.
 
Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar, berkata permohonan mengambil masa hampir 21 hari dan akan dinilai oleh Mahkamah Syariah sebelum mendapat kebenaran.
 
Empat elemen utama akan dinilai oleh mahkamah, iaitu keperluan perkahwinan, kemampuan suami, boleh berlaku adil dan tidak mendatangkan kemudaratan pada isteri," - Zainul Rijal Abu Bakar, Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) “Empat elemen utama akan dinilai oleh mahkamah, iaitu keperluan perkahwinan, kemampuan suami, boleh berlaku adil dan tidak mendatangkan kemudaratan pada isteri.

Perlu beri keteranga
 
 “Individu yang ingin memohon poligami perlu memberi keterangan kepada mahkamah. Sama ada perlu kebenaran isteri pertama atau tidak akan ditentukan oleh mahkamah,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Beliau diminta mengulas laporan mengenai lelaki Islam di Pulau Pinang tidak memerlukan kebenaran isteri pertama untuk berpoligami.
Dalam laporan itu, Pengarah Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP), Datuk Sazali Hussien, berkata enakmen syariah negeri tidak mempunyai peruntukan undang-undang untuk mendapatkan kebenaran isteri pertama.

Pengarah Bahagian Sokongan Keluarga, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Dr Mohd Naim Mokhtar, pula berkata suami memang tidak memerlukan kebenaran isteri pertama, tetapi bakal isteri dan wali akan dipanggil memberikan keterangan.

 
 
Kemampuan suami dinilai

“Kehadiran isteri pertama adalah prasyarat dalam setiap permohonan bagi membolehkan mahkamah menilai kemampuan suami dan akan dipertimbangkan.

“Undang-undang dalam Seksyen 23, masih mengambil kira semua situasi khususnya keadilan kepada isteri dan memastikan tidak ada pihak teraniaya,” katanya.
 
Sumber : BH.


Sunday, 14 October 2012

Wednesday, 10 October 2012

Abu Hamza hadapi 11 tuduhan di AS




NEW YORK - Seorang ulama Islam, Abu Hamza al-Masri yang pernah menyifatkan Osama bin Laden sebagai “seorang hero”, semalam mengaku tidak bersalah terhadap 11 tuduhan berkaitan keganasan.

Dia diekstradisi ke Amerika Syarikat (AS)  dari Britain minggu lalu untuk menghadapi perbicaraan.

Jika disabit bersalah, Abu Hamza boleh dihukum penjara seumur hidup.

Hakim Katherine Forrest menetapkan tarikh perbicaraan 26 Ogos depan untuk Hamza, 54, pendakwah kelahiran Mesir yang kehilangan kedua-dua belah tangan dan sebelah matanya buta selepas mengalami kecederaan ketika beliau melakukan kerja-kerja kemanusiaan di Afghanistan pada 1980an.

Hamza telah dituduh pada 2004 kerana terlibat  dalam menahan tebusan pada 1998 di Yaman yang menyebabkan kematian tiga warga Britain dan Australia.

Beliau turut didakwa menyediakan keperluan untuk menyokong rangkaian al-Qaeda dengan membangunkan kem latihan di Oregon dan cuba untuk menguruskan bantuan kepada Taliban di Afghanistan.

Melalui peguamnya, Hamza meminta supaya beliau dirujuk sebagai Mustafa Mustafa Kamel iaitu nama beliau ketika lahir dan bukannya Abu Hamza.



Jeremy Schneider, peguam yang dilantik oleh mahkamah, memberitahu hakim bahawa anak guamnya ingin membuat pengakuan tidak bersalah terhadap dakwaan.

"Adakah itu rayuan anda, Mustafa?" hakim bertanya.

"Ya," jawab Abu Hamza.

Sementara itu, di Washington, Peguam Negara, Eric Holder memberitahu pemberita, lima suspek keganasan kini “akhirnya berada di sini.”

"Kini mereka akan diadili di sini dan saya fikir ia adalah satu perkara yang baik," ujar Holder.

Sumber : Sinar Harian 

Friday, 5 October 2012

Tip Pereka Grafik – 5 Nasihat Kontroversi Dapatkan Pelanggan Pertama

Soalan biasa yang sering diajukan oleh pereka grafik yang masih teruna dan dara adalah:
 
“Bagaimana untuk saya dapatkan pelanggan pertama?”



Sebagai pereka grafik, memperoleh duit dengan melakukan kerja-kerja kreatif adalah satu nikmat yang tidak terhingga. Namun masalah yang sering melanda adalah kekurangan aktiviti untuk memperkenalkan servis kita kepada pelanggan.

Dalam artikel ini, nasihat-nasihat yang dikongsikan oleh pakar bakal membuatkan hidup kita huru hara sebagai pereka grafik. Kenapa ia berlaku sedemikian? Baca dan terus praktikkan nasihat mereka untuk rasai sendiri.

Setiap nasihat ini adalah daripada individu pakar dan berpengalaman dalam menawarkan servis reka bentuk grafik iaitu Cyan Ta’eed:

#1 – Berikan Servis Percuma

Oleh disebabkan kita adalah pereka grafik yang masih teruna dan dara, maka penting di sini untuk kita tahu bahawa pelanggan tidak tahu kemampuan kita. Daripada sibuk memikirkan bagaimana untuk mendapatkan pelanggan berbayar, adalah lebih baik untuk kita fokus pada pemberian servis percuma.

Servis percuma bukan bermaksud percuma selama-lamanya.

Kumpulkan tiga hingga lima pelanggan untuk memberikan servis reka grafik percuma kepada mereka. Kemudian minta testimonial daripada pelanggan ini terhadap hasil kerja kita.
Dari sini, kita boleh jadikan ia sebagai bahan bukti kepada pelanggan berbayar. Mereka pasti teruja melihat kata-kata bekas pelanggan yang sudah menggunakan servis kita.


#2 – Berani Puji Skil Sendiri

Tidak ada siapa yang akan perkenalkan skil grafik kita melainkan diri kita sendiri. Ini adalah nasihat serius yang dapat mengubah gerak kerja kita untuk mendapatkan pelanggan yang pertama.

Apabila bertemu dengan rakan-rakan atau individu yang ingin berkenalan, beritahu bagaimana skil kita boleh membantu mereka. Sebagai contoh,

“Saya adalah pereka grafik yang membantu bisnes orang ramai untuk menghasilkan grafik yang ‘Wow’.”


#3 – Bangga Dengan Hasil Kerja

Sentiasa bawa dan kongsi hasil kerja di mana-mana. Untuk permulaan, kita boleh gunakan medium percuma seperti blog dan Facebook. Ambil masa sekurang-kurangnya 5 minit setiap hari untuk muat naik gambar hasil kerja grafik kita.

Semakin banyak hasil kerja yang dikongsikan, semakin besar peluang kita untuk mengaut lebih ramai pelanggan.


#4 – Khidmat Nasihat Percuma

Jangan kedekut ilmu. Kongsikan kepakaran kita untuk memberikan nasihat kepada bakal pelanggan. Cara ini sebenarnya meningkatkan kepercayaan mereka untuk menggunakan servis kita.

Lagi banyak maklumat bermanfaat kita kongsikan, lebih tinggi peluang untuk mereka terpikat dengan servis kita. Justeru itu, biasakan diri untuk berkongsi khidmat nasihat secara percuma kepada pelanggan terlebih dahulu.


#5 – Berhenti Jadi Pereka Grafik Murahan

Trauma yang biasa berlaku dalam diri pereka grafik yang masih teruna dan dara adalah kurangnya keyakinan diri. Cara ini dapat diatasi dengan meminjam kepakaran orang lain.

Antaranya menerusi pakej grafik memukau yang disediakan oleh Lubuk Design. [lihat sini]. Dengan memiliki pakej ini, kita tidak perlu risau dengan kemampuan diri sendiri. Gunakan sahaja templet grafik yang disediakan untuk memukau pelanggan supaya membayar kita.

Cara ini juga turut digunakan oleh pakar grafik yang lain. Mereka meminjam kepakaran orang lain.


Nota Penting

Pakej Lubuk Design ini hanya dibuka TERHAD untuk beberapa orang sahaja lagi dengan harga yang tidak masuk akal. Dapatkannya sekarang di sini dan ubahsuai diri kita menjadi pereka grafik profesional sekelip mata.



Pakej Lubuk Grafik Memukau (Klik Di Sini)





JPA Kaji Selaraskan Gaji Graduan


Kerajaan Cadang Mekanisme Baru Gred Penjawat Awam



Ipoh: Kerajaan sedang mengkaji untuk menyelaras tangga gaji penjawat awam berkelulusan ijazah yang kini memulakan kerjaya dengan Gred 41.

Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa berkata, pelarasan itu perlu bagi mencapai sasaran masyarakat berpendapatan tinggi dan negara maju menjelang 2020.

Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan gred yang dicadangkan. Penggredan perjawatan awam berkelulusan ijazah kini bermula daripada gred 41, diikuti Gred 44, Gred 48, Gred 52, Gred 54, Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) C, JUSA B, JUSA A, Turus 3, Turus 2, Turus 1 dan Ketua Setiausaha Negara.

Penyelarasan gaji

“Ia di peringkat awal perbincangan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk melihat segala aspek mengenai pelarasan gaji bagi penjawat awam berkelulusan graduan.

“Sebagai graduan, mereka memasuki kerja bermula dengan Gred 41 dan boleh mencapai jawatan setinggi Ketua Setiausaha Negara, tetapi tidak semua boleh mencapai tahap sedemikian

“Jadi, kita mencadangkan satu mekanisme baru untuk memastikan pelarasan mengenai penggredan serta had gaji berasaskan kemampuan sedia ada,” katanya selepas merasmikan penutup Persidangan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Malaysia, di sini semalam.

Mengenai cadangan CUEPACS memohon bonus satu setengah bulan dikecualikan daripada cukai, Ali berkata, ia membabitkan perbincangan di peringkat Kementerian Kewangan.

“Kita perlu melihat cadangan itu dalam pelbagai aspek serta apa juga implikasi kewangan sebelum membuat keputusan,” katanya.

Berhubung dakwaan pembangkang bilangan 1.4 juta penjawat awam terlalu ramai sehingga meningkatkan kos kerajaan, Ali berkata, bilangan itu seimbang bagi membantu menyediakan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

“Apa yang penting, matlamat penjawat awam ialah meningkatkan produktiviti dengan kreatif dan berinovasi,” katanya.

INFO: Tangga Gaji Permulaan
- Gred 41 RM1,690
- Gred 44 RM2,976
- Gred 48 RM4,349
- Gred 52 RM4,894
- Gred 54 RM5,160.

~ Berita Harian.

Wednesday, 3 October 2012

Serangan Siber Di Rumah Putih

WASHINGTON - Rumah Putih, kelmarin mendedahkan bahawa satu daripada rangkaian komputer mereka telah menjadi sasaran serangan siber.

Pegawai pentadbiran Rumah Putih mengesahkan perkara itu selepas portal berita Washington Free Beacon menyiarkan laporan bahawa penggodam dari China telah berjaya menceroboh sistem ketenteraan mereka.

Menurut pegawai tersebut, mereka telah mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan sebarang data dan maklumat sulit Amerika Syarikat dicerobohi pihak tidak bertanggungjawab.

"Sehingga kini, tidak ada pihak yang berjaya menembusi sistem maklumat sulit kami. Serangan itu juga tidak menyebabkan sebarang kehilangan data," katanya. - AFP

Monday, 1 October 2012

4 Tanda Teman Lelaki Anda Ingin Menjadikan Anda Sebagai Isteri

 

Berikut adalah empat petunjuk yang menunjukkan teman lelaki anda ingin jadikan anda sebagai isteri.

Petunjuk pertama : Dia rasa cemburu terhadap lelaki lain yang ingin menghampiri anda
Teman lelaki mudah untuk rasa cemburu dan dia ingin tahu semua kenalan lelaki yang anda kenal. Dia akan pastikan lelaki yang anda kenal itu tidak akan beri apa – apa masalah pada diri anda. Jika anda berkawan dengan X BF anda, dia akan suruh anda hadkan pergaulan dengannya atau berpisah terus. Bagi anda, anda mungkin rasa tindakannya keterlaluan tetapi dalam situasi zaman sekarang dia rasa tindakannya wajar. Anda jangan rungsing jika teman lelaki anda terlalu cemburu kerana dia cuma ingin tahu kebenaran mengenai perasaan anda terhadapnya.

Petunjuk kedua : Dia sentiasa ingin permudahkan hidup anda
Apabila anda mengadu sesuatu kepada dia, dia akan selesaikan masalah anda dan permudahkan kehidupan anda. Jika selama ini anda naik bas ke tempat kerja, dia akan tawarkan diri untuk menghantar anda dengan keretanya. Dia juga selalu topupkan kredit handphone anda.



Petunjuk Ketiga : Dia sentiasa ada untuk anda
Apa sahaja masalah yang anda hadapi, dia sentiasa untuk anda. Dia sentiasa berada di sisi anda ketika anda sedih, ketika anda gembira dan ketika anda dalam kesusahan. Pendek kata, dia tidak pernah menolak anda dan sentiasa memberi sokongan pada diri anda. Jika anda sakit, dia akan terus bawa anda ke klinik.

Petunjuk Keempat :  Dia menguji anda
Dia akan uji anda sama ada anda sedia untuk bertolenrasi dengannya atau tidak. Dia akan beri pendapat mengenai hidup anda dan mahu anda pertingkatkan kelemahan yang anda ada. Anda akan rasa dia seperti mengongkong anda tetapi sebenarnya dia sedang menilai sama anda ada boleh tahan dengan perangainya atau tidak.

Di samping itu, ada juga lelaki yang menguji cinta teman wanitanya dengan membuatkan endah tidak endah pada teman wanitanya untuk beberapa hari.

Sumber : Blog KuatBatin.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...