Paris: Badan Islam Utama Perancis kelmarin mengecam satu
keputusan sebuah majlis bandar memecat empat kakitangan kem musim panas kerana
berpuasa ketika Ramadan sebagai “sewenang-wenangnya dan diskriminasi.”
Empat pekerja itu, yang diambil sementara oleh bandar
Genevilliers di pinggir ibu kota ini untuk mengendalikan satu kem sukan di
barat daya Perancis, dipecat 20 Julai lalu, hari pertama Ramadan, selepas
dimaklumkan mereka membahayakan keselamatan kanak-kanak dengan tidak makan atau
minum antara awal pagi dan matahari terbenam.
Mereka kini merancang untuk mempertikaikan pemecatan itu
menerusi mahkamah buruh Perancis dan Majlis Fahaman Islam Perancis (CFCM)
berkata kelmarin ia mempertimbangkan menyaman majlis bandar Genevilliers kerana
diskriminasi.
Kelmarin 4 pekerja
itu mempertimbangkan menyaman majlis bandar Genevilliers kerana diskriminasi”.
- Majlis Fahaman Islam Perancis (CFCM)
Pertahankan keputusan
Dalam satu kenyataan, datuk bandar Komunis Genevilliers
mempertahankan keputusan memecat kakitangan itu atas alasan kesihatan dan
keselamatan selepas seorang pegawai yang melawat kem menyedari mereka tidak makan
atau minum pada tengah hari.
“Mereka tidak menghormati syarat kontrak dengan cara mungkin
membahayakan keselamatan fizikal kanak-kanak yang dipertanggungjawabkan kepada
mereka,” kata kenyataan. - AFP
Sumber: Berita Harian Online
0 ulasan:
Post a Comment