Powered by Blogger.

Wednesday, 29 August 2012

Faktor Penyebab Tidak Terkabulnya Doa




Dikisahkan bahawa suatu hari, Ibrahim bin Adham r.a melintas di pasar Bashrah, lalu orang-orang berkumpul mengerumuninya seraya berkata, “Wahai Abu Ishaq, apa sebab kami selalu berdoa namun tidak pernah dikabulkan?”

Ia menjawab, “Kerana hati kalian telah mati oleh 10 hal:

Pertama, kalian mengenal Allah tetapi tidak menunaikan hak-Nya.

Kedua, kalian mengaku cinta Rasulullah SAW tetapi meninggalkan sunnahnya.

Ketiga, kalian membaca al-Qur’an tetapi tidak mengamalkannya.

Keempat, kalian memakan nikmat-nikmat Allah SWT tetapi tidak pernah pandai mensyukurinya.

Kelima, kalian mengatakan bahawa syaithan itu adalah musuh kalian tetapi tidak pernah berani menentangnya.

Keenam, kalian katakan bahawa syurga itu adalah haq (benar adanya) tetapi tidak pernah beramal untuk menggapainya.

Ketujuh, kalian katakan bahawa neraka itu adalah haq (benar adanya) tetapi tidak mahu lari darinya.

Kelapan, kalian katakan bahawa kematian itu adalah haq (benar adanya) tetapi tidak pernah menyiapkan diri untuknya.

Kesembilan, kalian bangun dari tidur lantas sibuk memperbincangkan aib orang lain tetapi lupa dengan aib sendiri.

Kesepuluh, kalian kubur orang-orang yang meninggal dunia di kalangan kalian tetapi tidak pernah mengambil pelajaran dari mereka.”

Sumber : Mi’ah Qishshah Wa Qishshah Fii Aniis ash-Shaalihiin Wa Samiir al-Muttaqiin karya Muhammad Amin al-Jundi, Juz.II, hal.94)
www.alsofwah.or.id

Sunday, 5 August 2012

Benarkah Teknik Pajak Emas Menguntungkan!

Ramai yang masih tertanya-tanya, 

"Benarkah mengadai atau memajak emas boleh memberikan pulangan yang menguntungkan?" 

Sebenarnya untung atau rugi sesuatu pelaburan itu bergantung kepada pengetahuan dan pengalaman seseorang itu.

Masih ramai yang 'terjun' ke dunia pelaburan sekadar mendengar cakap-cakap orang sahaja.

Mereka tidak belajar atau mengkaji terlebih dahulu teknik-teknik pelaburan yang mereka lakukan.

Sebagai contoh, ramai yang sekadar mendengar 'cakap-cakap orang' mengenai Teknik Pajak Emas yang boleh mendatangkan keuntungan tanpa mengetahui strategi yang betul.

Akibatnya ada di kalangan mereka kini terpaksa menanggung kerugian, gara-gara tidak merancang terlebih dahulu strategi yang betul.

Ini kerana harga emas sentiasa turun dan naik dan tiada siapa yang dapat memberi jaminan harga emas akan terus naik sepanjang masa.

Begitu juga tiada siapa yang tahu harga emas akan terus jatuh hingga ke paras terendah.

Namun begitu, ini tidak bermakna Teknik Pajakan Emas sesuatu tindakan yang merugikan.

Sebenarnya, jika kita ada ilmu dan pengetahuan yang khusus tentang teknik serta strategi yang BETUL, kita sebenarnya boleh mengaut keuntungan berlipat kali ganda melalui teknik pajakan emas ini.

Sebagai contoh, jika kita tahu waktu yang sesuai untuk membeli emas dan membuat pajakan emas serta teknik yang tepat untuk menebus semula emas yang dipajak, mendapat pulangan yang menguntungkan bukanlah perkara yang mustahil.

Kita seharusnya tahu, harga emas boleh turun dan naik. Memandangkan trend jangkamasa panjang ialah menaik, jadi setiap penurunan harga membolehkan kita membuat keuntungan dengan membeli lebih banyak stok emas.

Dengan cara menggunakan teknik Ar-Rahnu dengan mengadai emas yang sedia ada di tangan dan beli emas lagi dengan hasil gadaian tersebut, anda akan mendapat untung apabila harga emas melantun semula.

Sekiranya anda berminat ingin tahu lebih lanjut tentang 'Rahsia' & Teknik Pajakan Emas yang menguntungkan anda boleh dapatkannya melalui laman web berikut :

 

Saturday, 4 August 2012

Permohonan Biasiswa JPA Kini Dibuka


Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan biasiswa JPA  bagi diploma, degree samaada IPTA/IPTS dalam negara untuk tahun ini dibukakan kembali. Untuk mereka yang berminat dan layak digalakkan memohon.

Tarikh permohonan dibuka pada 6hb OGOS 2012.

Maklumat lanjut boleh lawati disini :

[+] http://www.jpa.gov.my/

[+] http://esilav2.jpa.gov.my/

Wednesday, 1 August 2012

Web Nfc Kena Hack

Terkejut juga pagi ini bila buka facebook ada tersebar gambar web NFC kena hack. Lihat web tersebut : http://www.nfc.com.my/. Saya rasa ianya berpunca daripada ketidakpuasan hati rakyat terhadap kerajaan bila mana Saudara Rafizi Ramli yang mendedahkan penyelewengan syarikat tersebut ditangkap.

Lihat print skrin di bawah :






Empat Dipecat Kerana Berpuasa

Paris: Badan Islam Utama Perancis kelmarin mengecam satu keputusan sebuah majlis bandar memecat empat kakitangan kem musim panas kerana berpuasa ketika Ramadan sebagai “sewenang-wenangnya dan diskriminasi.”

 

Empat pekerja itu, yang diambil sementara oleh bandar Genevilliers di pinggir ibu kota ini untuk mengendalikan satu kem sukan di barat daya Perancis, dipecat 20 Julai lalu, hari pertama Ramadan, selepas dimaklumkan mereka membahayakan keselamatan kanak-kanak dengan tidak makan atau minum antara awal pagi dan matahari terbenam. 

Mereka kini merancang untuk mempertikaikan pemecatan itu menerusi mahkamah buruh Perancis dan Majlis Fahaman Islam Perancis (CFCM) berkata kelmarin ia mempertimbangkan menyaman majlis bandar Genevilliers kerana diskriminasi. 

Kelmarin 4 pekerja itu mempertimbangkan menyaman majlis bandar Genevilliers kerana diskriminasi”. - Majlis Fahaman Islam Perancis (CFCM)

Pertahankan keputusan

Dalam satu kenyataan, datuk bandar Komunis Genevilliers mempertahankan keputusan memecat kakitangan itu atas alasan kesihatan dan keselamatan selepas seorang pegawai yang melawat kem menyedari mereka tidak makan atau minum pada tengah hari.

“Mereka tidak menghormati syarat kontrak dengan cara mungkin membahayakan keselamatan fizikal kanak-kanak yang dipertanggungjawabkan kepada mereka,” kata kenyataan. - AFP



Senarai Penuh Syarikat Pelaburan Tak Sah

 


Bank Negara Malaysia (BNM) telah menyenaraikan sebanyak 77 syarikat pelaburan tidak sah di negara kita.

Senarai tersebut boleh di lihat disini : http://www.bnm.gov.my/documents/2012/Senarai_nama_entiti_dan_laman_sesawang_n.pdf



Syarikat anda termasuk sekali ke?







LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...