Hari ini saya ingin kongsikan satu produk baru yang baru dikeluaran oleh Ustaz Hasrizal Saifulislam.com. Dimana buku terbaru beliau bertajuk "Tak Kenal Maka Tak Cinta".
Apa yang istimewanya kali ini adalah buku terbaru beliau ini tidak dalam bentuk fizikal seperti biasa tapi dalam bentuk ebook. Mungkin Ustaz hasrizal nak mengajak pembacanya mengikuti arus kemodenan semasa. Saya sokong 100%. Tahniah Ustaz.
Sama-sama kita sokong produk keluarab beliau.
gambar ebook keluarab beliau
Sebagai pengenalan kepada ebook "Tak Kenal Maka Tak Cinta" adalah merupakan sebuah ebook ilustrasi yang memberikan "Panduan & Tips di dalam berkomunikasi dan membina hubungan mesra sesama insan".
Komunikasi Hebat & Efektif adalah penting untuk menguasai situasi dan menangani konflik serta jurang yang wujud antara dua pihak. Tidak kira sama ada komunikasi antara isteri & suami, ibu-bapa & anak-anak, guru & murid-murid, bos & pekerja, mahupun dengan rakan-rakan serta jiran-jiran... Semuanya ada dikupaskan di dalam ebook ini.
Motivasi dan inspirasi yang dipersembahkan dalam pelbagai ilustrasi unik dengan lebih 50 watak-watak kartun dan sketsa masyarakat ini, bakal membuka dimensi baru di dalam pemikiran ummah ke arah mendepani cabaran dunia tanpa sempadan.
Apa lagi jom order sekarang, klik pada banner di bawah.
0 ulasan:
Post a Comment