Sunday, 29 July 2012
Saturday, 28 July 2012
Pintu Ke Alam Neraka
Begitulah tajuk hot hari ini dari akhbar sinar harian hari ini. Saya sendiri pun tertanya-tanya apa kah benda ini.
ASHGABAT - Pada pandangan pertama, ia mungkin salah satu dari babak dramatik filem fiksyen sains, tetapi lubang lahar berapi di tengah Gurun Karakum, Terkmenistan sebenarnya disebabkan kesilapan manusia lebih 40 tahun lalu.
Selamat datang ke Derweze atau lebih dikenali sebagai 'pintu ke alam neraka'.
Pada 1971 lalu, sekumpulan pakar geologi Kesatuan Soviet melakukan kerja menggerudi dan mengorek ke dalam sebuah gua besar yang penuh dengan sumber gas asli, tetapi terpaksa dihentikan kerana lantainya runtuh dan mewujudkan satu lubang besar bersaiz 70 meter.
Kumpulan itu kemudian membakar lubang berkenaan kerana bimbang ia akan mengeluarkan sejenis gas beracun.
Sebaliknya lubang berkenaan terbakar sehingga ke hari ini.
Kebakaran lubang gas itu boleh dilihat dari jarak satu kilometer sekitar Derweze .
Pada April 2010, Presiden Terkmenistan, Gurbanguly Berdimuhamedow mengarahkan pihak berkuasa menutup lubang tersebut.
Dari jauh kelihatan dua lelaki sedang berdiri berhampiran pintu ke alam neraka. Pakar geologi berharap api yang membakar gas berkenaan dapat dipadamkan tetapi gagal.
ASHGABAT - Pada pandangan pertama, ia mungkin salah satu dari babak dramatik filem fiksyen sains, tetapi lubang lahar berapi di tengah Gurun Karakum, Terkmenistan sebenarnya disebabkan kesilapan manusia lebih 40 tahun lalu.
Selamat datang ke Derweze atau lebih dikenali sebagai 'pintu ke alam neraka'.
Pada 1971 lalu, sekumpulan pakar geologi Kesatuan Soviet melakukan kerja menggerudi dan mengorek ke dalam sebuah gua besar yang penuh dengan sumber gas asli, tetapi terpaksa dihentikan kerana lantainya runtuh dan mewujudkan satu lubang besar bersaiz 70 meter.
Kumpulan itu kemudian membakar lubang berkenaan kerana bimbang ia akan mengeluarkan sejenis gas beracun.
Sebaliknya lubang berkenaan terbakar sehingga ke hari ini.
Kebakaran lubang gas itu boleh dilihat dari jarak satu kilometer sekitar Derweze .
Pada April 2010, Presiden Terkmenistan, Gurbanguly Berdimuhamedow mengarahkan pihak berkuasa menutup lubang tersebut.
Label:
sana-sini
Tema dan Logo Kemerdekaan ke-55
Dibawah merupakan logo-logo sambutan hari kemerdekaan negara kita untuk tahun-tahun terdahulu.
Sumber : www.malaysiamerdeka.gov.my
Label:
kemerdekaan,
sana-sini
Thursday, 26 July 2012
Semakan Exam SPA 4 Ogos.
Lama tak berbloging, bercuti panjang hari ini baru sambung balik, Apa khabar anda semua.?
Kembali kepada tajuk asal kita iaitu ramai yang tak perasan yang mana minggu ini adalah minggu peperiksaan SPA. Ada beberapa jawatan bermula minggu lepas dipanggil oleh pihak SPA untuk
peperiksaan bertulis
Minggu lepas ada jawatan Penolong Pegawai Psikologi dan minggu sebelumnya Pegawai Psikologi. Juga ada peperiksaan untuk Gred 41 yang lain. Dan yang pastinya 4 Ogos ini merupakan tarikh untuk peperiksaan bertulis untuk jawatan Akauntan W41. Jika anda salah seorang calonnya sila buat semakan segera di link yang disediakan di bawah.
Seluruh negara terlibat dengan exam SPA, jika anda lulus peperiksaan ini itu tanda rezeki anda untuk ramadhan kali ini.
Semak panggilan anda di;
[+]http://domino.spa.gov.my/sispek/jadual_am_Akauntan.php?jawatan=Akauntan%20Gred%20W41&pemerolehan=SM20120133
Untuk yang peperiksaan 4 OGOS, anda bernasib baik kerana ada rujukan khas untuk jawatan Akauntan W41.
Terus ke;
[+] Panduan Peperiksaan Bertulis Jawatan Akauntan W41
Salam sukses untuk anda!
Wednesday, 4 July 2012
Cacing Dalam Mata
Seorang lelaki yang mengalami sakit dan gatal di bahagian mata terkejut selepas mendapati keadaan berkenaan berlaku akibat seekor cacing sepanjang lima inci yang hidup di sebalik bola matanya.
Keadaan itu disedarinya selepas doktor membuat pemeriksaan mata.
PK Krishnamurthy, 75, yang juga seorang pesara dari Mumbai sebelum ini berulang kali ke hospital selepas mendapati matanya sakit dan tidak selesa.
Doktor kemudiannya memberikan ubat, namun dia masih terus dilanda kesakitan.
Susulan itu, doktor memutuskan untuk membuat pemeriksaan lanjut dan alangkah terkejutnya mereka apabila menemui cacing di dalam matanya itu.
Cacing itu bagaimanapun berjaya dikeluarkan dalam satu pembedahan kecil, semalam.
Menurut pakar mata di Hospital Fortis, Dr V Seetharaman, Krishnamurthy bernasib baik kerana cacing itu dikesan dan dikeluarkan dengan segera.
“Simptom kesakitan pada bahagian matanya telah hilang dan dia amat bertuah kerana cacing itu hanya berada di bahagian mata.
“Jika ia memasuki bahagian otak pesakit, maka ia akan menyebabkan masalah neurologikal yang amat besar kepada Krishnamurthy,’’ katanya.
Setakat ini doktor masih belum mendapat jawapan bagaimana cacing berkenaan boleh berada di dalam mata pesara berkenaan.
“Cacing itu berjaya memasuki saluran darahnya dan membesar di dalam badan manusia. Ia telah dihantar ke makmal untuk kajian ,’’ kata Dr V Seetharaman.
Dalam pada itu, Krishnamurthy gembira kerana penyakitnya itu dapat dikesan lebih awal.
Label:
kesihatan
Tuesday, 3 July 2012
Buku Terbaru Ustaz Hasrizal
Assalamualaikum..
Hari ini saya ingin kongsikan satu produk baru yang baru dikeluaran oleh Ustaz Hasrizal Saifulislam.com. Dimana buku terbaru beliau bertajuk "Tak Kenal Maka Tak Cinta".
Apa yang istimewanya kali ini adalah buku terbaru beliau ini tidak dalam bentuk fizikal seperti biasa tapi dalam bentuk ebook. Mungkin Ustaz hasrizal nak mengajak pembacanya mengikuti arus kemodenan semasa. Saya sokong 100%. Tahniah Ustaz.
Sama-sama kita sokong produk keluarab beliau.
Hari ini saya ingin kongsikan satu produk baru yang baru dikeluaran oleh Ustaz Hasrizal Saifulislam.com. Dimana buku terbaru beliau bertajuk "Tak Kenal Maka Tak Cinta".
Apa yang istimewanya kali ini adalah buku terbaru beliau ini tidak dalam bentuk fizikal seperti biasa tapi dalam bentuk ebook. Mungkin Ustaz hasrizal nak mengajak pembacanya mengikuti arus kemodenan semasa. Saya sokong 100%. Tahniah Ustaz.
Sama-sama kita sokong produk keluarab beliau.
gambar ebook keluarab beliau
Sebagai pengenalan kepada ebook "Tak Kenal Maka Tak Cinta" adalah merupakan sebuah ebook ilustrasi yang memberikan "Panduan & Tips di dalam berkomunikasi dan membina hubungan mesra sesama insan".
Komunikasi Hebat & Efektif adalah penting untuk menguasai situasi dan menangani konflik serta jurang yang wujud antara dua pihak. Tidak kira sama ada komunikasi antara isteri & suami, ibu-bapa & anak-anak, guru & murid-murid, bos & pekerja, mahupun dengan rakan-rakan serta jiran-jiran... Semuanya ada dikupaskan di dalam ebook ini.
Motivasi dan inspirasi yang dipersembahkan dalam pelbagai ilustrasi unik dengan lebih 50 watak-watak kartun dan sketsa masyarakat ini, bakal membuka dimensi baru di dalam pemikiran ummah ke arah mendepani cabaran dunia tanpa sempadan.
Apa lagi jom order sekarang, klik pada banner di bawah.
Sunday, 1 July 2012
Skill Hebat Kerja Mantap
Salam Hormat dan Salam Ceria,
Baiklah, kepada pengunjung LR yang baru sahaja menamatkan pengajian di institusi pengajian, TAHNIAH saya ucapkan dan kepada pembaca LR yang masih dalam pengajian teruskan pengajian anda sehingga tamat, moga-moga kejayaan ada untuk anda..
Anda telah membuktikan bahawa anda boleh lakukan sesuatu yang mungkin sebelum ini anda tak pernah terfikir pun. Bertahun juga anda berhempas-pulas berusaha mencapai keputusan cemerlang dalam pengajian anda, akhirnya berakhir juga. Anda berjaya membuktikan kepada kedua ibu bapa anda yang pelaburan mereka selama ini kepada anda benar-benar terbalas kembali.
Setelah tamat pengajian maka akan bermulalah kehidupan sebagai seorang graduan yang bakal mencari pekerjaan yang selama ini anda idam-idamkan. Apapun keputusan anda selepas tamat pengajian, cemerlang atau kurang cemerlang…anda telah mencuba sehabis baik selama ini. Kehidupan sebenar anda bermula dan SELAMAT DATANG ke alam pekerjaan – punca rezeki anda.
Sebelum memulakan dunia pekerjaan anda, anda bakal bergelumang dengan satu skil yang akan mempromosikan diri anda sendiri kepada bakal majikan anda – Apakah skil yang saya maksudkan ini?
Skil yang maksudkan ini adalah “Skil penulis resume”. Skil inilah yang mampu membawa diri anda ke alam pekerjaan yang hebat. Tanpa skil penulisan resume yang baik anda mungkin tidak mampu meyakinkan bakal majikan anda. Keyakinan mereka adalah target utama anda. Yakinkan dan kunci hati mereka dengan skil penulisan resume yang baik.
Bertahun lamanya anda bertungkus-lumus memperbaiki keputusan anda semasa belajar. Anda pernah nyaris-nyaris gagal dalam satu subjek, anda pernah nyaris-nyaris mengulang paper subjek yang susah sangat tu…tetapi anda berjaya habiskan juga pengajian anda. Ada juga daripada anda yang cemerlang dari awal masuk institusi sehinggalah tamat pengajian. Anda cemerlang atau tidak, jika anda memerlukan pekerjaan, skil inilah yang perlu anda tumpukan kerana bukan semua daripada anda yang cemerlang mampu memberi keyakinan yang tinggi kepada bakal majikan. Dan anda tidak perlu terkejut jika ada graduan yang kurang cemerlang keputusannya mampu meraih kerja yang hebat hasil daripada penulisan resumenya dan skil menjawab soalan temuduganya yang benar-benar mantap.
Inilah yang anda perlu tekankan jika anda ingin meraih pekerjaan yang hebat dan gaji yang lumayan. Keikhlasan anda menulis resume dengan skil yang diasah anda mampu lakukan sesuatu yang terbaik untuk masa depan anda. InsyaAllah.
“SELAMAT MAJU JAYA”
Subscribe to:
Posts (Atom)