Sunday, 22 December 2013
Tuesday, 17 December 2013
7 Tips Menang di Ranjang
Meskipun anda dikatakan hebat dikalanya diranjang, adakalanya lelaki
terlupa beberapa perkara yang boleh membantunya untuk sentiasa menang dalam
perjuangan. Oleh itu kami menyediakan beberapa tips sebagai panduan untuk insan
yang bergelar lelaki.
Mengatur
tempat
Mengatur dan menyediakan tempat yang selesa untuk hubungan intim
bukanlah sesuatu yang sukar. Malah ia akan memudahkan proses bercumbu dan
merayu pasangan tatkala memulakan hubungan seks.
Keselesaan isteri akan memudahkan tugas suami, oleh itu rapikanlah
tempat tidur pasang lampu malam, muzik yang lembut untuk menyenangkan hatinya
dan mencipta suasana romantik.
Pemanasan
Pemanasan atau foreplay merupakan
bahagian penting sebuah hubungan intim. Ia adalah perkara yang merangsang nafsu
seks wanita. Namun begitu ramai lelaki menganggap foreplay hanya perkara
membuang masa dan seterusnya tergesa-gesa melakukan hubungan intim. Bagi wanita
inilah sebenarnya bahagian yang paling disenangi dan ingin dinikmatinya.
Tahan
keinginan
Belajar menahan keinginan di tempat tidur akan membuat pasangan anda
semakin terangsang. Wanita seperti yang diketahui memerlukan masa yang lama
untuk berghairah, oleh itu janganlah mementingkan diri.
Puaskanlah terebih dahulu keinginan isteri sebelum mengakhiri hubungan
intim. Jangan biarkan isteri terbaring dalam keadaan kecewa kerana gelora
nafsunya tidak dipenuhi. Percayalah pekara inilah yang membuatkan isteri lebih
menyayangi pasangan.
Fahami Bahasa
tubuh
Wanita sememangnya jarang unntuk meluahkan kemahuannya tentang apa yang
diiginkan di tempt tidur. Bagaimanapun ia sebenarnya boleh dibawa dengan
petunjuk bahasa tubuh.
Perhatikan gerakan-gerakan tubuh isteri yang sebenarnya mungkin ingin
memberitahu sesuatu kepada anda secara verbal. Perhatikan bagaimana pasangan
anda memberi reaksi terhadap sentuhan. Jika anda melihat tubuhnya tegang ketika
disentuh, ubahlah cara sentuhan sehingga isteri berasa nyaman dan senang.
Sebaliknya jika ia masih belum memberi kesan, inilah waktunya untuk
meningkatkan volume sentuhan.
Jangan
melakukan gaya yang keterlaluan
Ada lelaki yang mempunyai fantasi yang tinggi danselalu ingin mencuba
gaya baru di tempat tidur. Pastikan kesediaan isteri dahulu sebelum merancang
membuat gaya yang baru, jangan melakukan kesilapan.
Ada pasangan yang tidak dapat menerima aksi-aksi baru terutama yang
keterlaluan. Sekiranya anda mahu mencuba aksi-aksi baru, perkenalkanlah posisi
dan fantasi anda secara perlahan lahan kepadanya.
Pujuk dengan cara yang betul iaitu dengan lembut dan mesra sehinggalah
mendapat persetujuan. Tetapi perhatikanlah juga reaksinya, kerana mungkin
pasangan anda tidak menyukainya.
Jangan
abaikan pasangan
Semua wanita akan rasa kecewa bila pasangan mengabaikan dirinya ketika
di tempat tidur. Selalunya ia berlaku apabila suami telah mencapai ejakulasi .
Sungguhpun kepenatan namun janganlah mengabaikan isteri setelah anda menikmati
kepuasan.
Perlakukan pasangan seperti sedang bercumbu , peluk dan cium dan
genggamlah tangannya. Seharusnya inilah masanya suami menunjukkan rasa cinta
dengan menyenangkan isteri walaupun sudah merasai kepuasan.
Bahagian
sensitif
Lelaki memang lebih tertarik untuk terus memusatkan perhatian ke alat
kelamin wanita ketika hubungan seks, sehingga melupakan bahagian-bahagian tubuh
wanita yang dipenuhi dengan deria sensitif.
Sebolehnya ketika bersama isteri, cium bahagian bahagian yang sensitif
seperti bahagian belakang, leher dan dadanya. Usaplah punggung dan kakinya.
Lakukan dengan lembut kerana wanita akan merasakan kesan yang luar biasa setiap
kali suami melakukannya.
Subscribe to:
Posts (Atom)