Calon-calon warga negara Malaysia yang berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat berikut adalah dipelawa untuk memohon biasiswa Yayasan Tenaga Nasional (YTN) bagi mengikuti pengajian dalam bidang-bidang tertentu di Institusi-institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) untuk kemasukan pada sesi September 2013.
Jenis tajaan yang ditawarkan adalah berbentuk BIASISWA.
Bidang-bidang pengajian yang ditawarkan oleh YTN ialah :
1- Kejuruteraan Elektrik (Kuasa)
2- Kejuruteraan Mekanikal
3- Kejuruteraan Awam
4- Perakaunan
Syarat-syarat tajaan :
- Lulus STPM 2012 dengan mencapai sekurang-kurangnya CGPA / PNGK 3.50
atau - Lulus Diploma / Matrikulasi / Asas 2013 dengan mencapai sekurang-kurangnya
CGPA / PNGK 3.50. - Berumur tidak melebihi 23 tahun pada tahun 2013.
- Aktif dalam kegiatan ko-kurikulum.
- Mempunyai keperibadian dan ciri kepimpinan yang tinggi.
- Tiada adik-beradik yang sedang menerima biasiswa YTN.
- Khusus untuk pelajar kemasukan baru semester pertama tahun 2013 yang telah mendapat tempat di IPTA.
Tarikh Tutup Permohonan:
5 September 2013
- Biasiswa-biasiswa lain sila rujuk di "biasiswa".