Powered by Blogger.

Monday, 1 July 2013

Biasiswa Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB)


 

Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) ada menawarkan biasiswa untuk pelajar-pelajar yang berkelayakan dan  ingin melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah sarjana muda di universiti-universiti luar negara.

Jenis tajaan yang ditawarkan oleh BPMB kepada pelajar ialah berbentuk biasiswa.


Syarat-syarat kelayakan seperti berikut :-
  1. Warganegara Malaysia
  2. Umur sekurang-kurangnya 17 tahun dan tidak lebih daripada 23 tahun.
  3. Mendapat semua A dalam Sijil Pelajaran Malaysia atau setaraf.
  4. Selesai Pra-universiti/ Asasi/ Matrikulasi/ Diploma dan mencapai sekurang-kurangnya 3A untuk program A-Level atau sekurang-kurangnya PNGK 3.50 bagi Pra-Universiti / Asasi / Matrikulasi / Diploma.
  5. Telah mendapat tempat di universiti terkemuka di luar negara dalam bidang yang diutamakan.
  6. Mempunyai kemahiran interpersonal dan komunikasi yang baik.
  7. Keupayaan untuk menunjukkan kualiti kepimpinan.
  8. Terlibat secara aktif dalam aktiviti kokurikulum dan sukan.
  9. Pemohon tidak menerima biasiswa atau anugerah lain dari organisasi lain.
  10. Menyediakan seorang penjamin. 
Bidang tajaan yang ditawarkan :-
  1. Perniagaan : Perakaunan, Perbankan & Kewangan, Pentadbiran Perniagaan, Pengurusan Sumber Manusia, Ekonomi.
  2. Kejuruteraan dan Teknologi : Kejuruteraan, Sistem Maklumat, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT).
  3. Lain-lain bidang berkaitan perbankan : Undang-undang, Matematik, Statistik.
Tarikh tutup permohonan : 10 Julai 2013.
 Rujukan : -

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...